Wednesday, 1 February 2017

Jom Ketahuai Waktu Subur Wanita. [ Baca Dan Sebarkan..!! ]

Tags


Jom Ketahuai Waktu Subur Wanita. [ Baca Dan Sebarkan..!! ]


Pertama : Pada hari pertama anda mengalami haid, tahap hormon estrogen yang rendah meransang badan mengeluarkan lebih Hormon FSH ( Follicle Stimulating Hormon). Hormon FSH yang meningkat akan meransang lebih kurang 20 folikel yang terdapat dalam ovari untuk membesar, tetapi hanya 1 folikel saja yang akan terus membesar.

[#]FSH adalah hormon yang secara langsung dapat mempengaruhi kemungkinan anda hamil dan mempertahankan kehamilan.

[#]Folikel adalah struktur berisi cairan yang merupakan tempat pertumbuhan sel-telur.



Kedua : Ovulasi akan berlaku kira-kira pada hari ke-14 jika wanita mempunyai kitaran haid 28-29 hari. Tahap estrogen yang tinggi meransang pengeluaran hormon LH (Luteinizing Hormon).

[#]suatu hormon yang berperanan dalam proses pembiakan.
[#]estrogen merupakan bentukan dari androstenidion (hormon seksual lelaki yang utama) yang dihasilkan ovari.



Ketiga : Selepas ovulasi iaitu fasa luteal, ovari akan mengeluarkan hormon progesterone menyebabkan dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk telur yang disenyawakan melekat dan membesar dalam rahim.

[#]hormon progesterone ini merupakan bentukan dari pregnenolon yang dihasilkan oleh kalenjar dan berasal dari kolesterol darah.



Keempat : Jika persenyawaan tidak berlaku, tahap hormon progesterone akan turun mendadak menyebabkan lapisan dinding rahim akan mengecut dan darah akan tumpah di mana kitaran haid mula berlaku.

[#]Apabila anda fahami kitaran haid yang mana akan menggangu sperma anda untuk menggembang dan dibawah ini adalah fasa-fasa atau hari-hari tertentu yang seorang wanita itu akan subur.



#Hari 1-4

[#]Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation)– ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari.

[#]Sebaiknya catat atau ditanda tarikh menstruasi pada  setiap bulan jika anda ingin merancang untuk mengandung. Ini memudahkan untuk anda mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.



#Hari 5-13

[#]Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat dan darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.



#Hari 14

[#]Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH).

[#]Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

#Hari 15-28

[#]Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone dihasilkan daripada sarangnya (corpus luteum).

[#]Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.

[#]Waktu kesuburan adalah saat terbaik untuk bersama pasangan iaitu pada hari ovulasi, hari yang ke-14. Ia juga mungkin awal atau lewat sehari, bergantung pada kitaran haid seseorang wanita itu.


EmoticonEmoticon