Tuesday, 7 February 2017

JIKA ANDA SAYANGKAN IBU DAN AYAH ANDA, BACA DAN RENUNGKAN KATA-KATA INI..!!

Tags


JIKA ANDA SAYANGKAN IBU DAN AYAH ANDA, BACA DAN RENUNGKAN KATA-KATA INI..!!


  • [=] Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat
  • [=] Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
  • [=] Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang
  • [=] Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai
  • [=] Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”
  • [=] Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”


Tetapi


  • [=] Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”
  • [=] Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”
  • [=] Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
  • [=] Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena
  • [=] Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal
  • [=] Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga


Fikir-fikirkanlah.

Sekian..!!


EmoticonEmoticon