Allahu..!! Inilah Antara Punca Dan Sebab Kenapa Jin Tinggal Serumah Menurut Pakar Perubatan Islam. [ Baca Dan Sebarkan..!! ]
#Pertama : Tapak rumah ada punca air mata air
- [=] Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau.Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam. kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah. Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah. Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang ‘berhantu’ kerana ia di bina di kawasan penempatan jin. Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah SWT seperti kita juga. Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman.
#Kedua : Tapak rumah ada kubur
- [=] Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya ada jasad manusia yang di buang (mungkin kerana dibunuh atau kemalangan) Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu hendaklah dipindahkan terlebih dahulu. Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya. Maka tempat itu akan jadi ‘berhantu’, sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan.
#Ketiga : Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin
- [=] Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana ‘buang ilmu’, ‘buang penyakit gangguan’ atau sebagainya. Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya.
#Keempat : Dalam rumah ada tangkal sihir
- [=] Iaitu dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi ‘pagar rumah’…Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya atau tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya. kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan. Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal. Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi ‘rumah’nya. Maka rumah itu akan mula ‘berhantu’.
#Kelima : Saka yang beranak pinak dalam badan manusia
- [=] Iaitu kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada. Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu. Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi ‘hantu’ yang berkeliaran dalam rumah.
#Keenam : Rumah yang banyak maksiat didalamnya
- [=] Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyangatau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa,percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi ‘dalang’ kepada rumah-rumah ‘berhantu’. (patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia). Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya.
#Ketujuh : Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin
- [=] Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu, samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka. Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu. Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya. Maka jadilah ia rumah ‘berhantu’. kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya. Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya
#Kelapan : Rumah yang disihir
- [=] Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah. Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah. Kemudian ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin, terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat.
#Kesembilan: Mengamalkan ilmu sihir
- [=] Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang ‘menjadi’ atau berbisa itu adalah kerana penglibatan jin di dalamnya. Biasanya, kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir, maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun, mana-mana saja pun boleh jadi. Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang ‘mengambilnya’. Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang
#Kesepuluh : Jin liar ikut pulang
- [=] Iaitu biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana samada siang apalagi di waktu malam tanpa doa pendinding diri atau persediaan maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab jin itu ikut pulang ke rumah. Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka tanpa disedari manusia.
[=] Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
EmoticonEmoticon