Saturday, 21 January 2017

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK-ANAK YANG KERAS HATI DAN DEGIL [MOHON SEBARKAN!!]

Tags

Gambar Hiasan

[!!]Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
.
.
[!!]Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
.
.
[!!]Sahabat yang di rahmati Allah..
.
.
[!!]Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yg degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh para ibubapa. Kadangkala ibubapa juga disergah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin juga kerana masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh ibubapa.
.
.
[!!]Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah SWT untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.
.
.
[!!]Jangan berdoa dan minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya.
.
.
[!!]Bagi yang tidak boleh membaca "Doa melembutkan hati" iaitu Surah Taha ayat 1 - 5 dengan baik. Lakukan cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".



[!!] "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
.
.
[!!](fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna &; Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
.
.
#Cara melakukan kepada anak-anak.
.
.
[!!]Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)
.
.
#Nota:
.
.
[!!]Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.
.
.
Wasallam.


EmoticonEmoticon