Friday 6 January 2017

Tips Untuk Mengelakkan Pergaduhan Antara Sahabat. [ Mesti Baca!! ]

Tags


[##]Assalamualaikum guyss.. Sesiapa pun pernah bergaduh. Betul tak? Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!Berikut merupakan tips-tips untuk mengelakkan pergaduhan antara sahabat:


[#] Pertama : Kawal Emosi – “Chill lah!!”

  • Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.


[#] Kedua : Jangan Cari Pasal – “Ko kenapa nda puas hati!”

  • Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.


[#]Ketiga : Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Aku percayakan kau”

  • Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.


[#]Kempat : Berterus-terang – “Aku mengaku berjumpa dengan kawan lama aku Aritu”

  • Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.


[#]Kelima : Bersikap Terbuka – ” It’s okay, aku tak kesah pun”

  • Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.


[#]Kenam : Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tau ko pernah mencuri kan?”

  • Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.


[#]Ketujuh : Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama ja dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”

  • Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.


[#]Kelapan : Buang Sikap Ego – “Aku rilek ja”

  • Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.


[#]Kesembilan : Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau nda nyesal kau!”

  • Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!


dan....yang paling penting skali dan di tuntut agama adalah:

[#]Kesepuluh : Jaga pertututan anda....

  • pertuturan adalah yang paling perlu dijaga terutama jika anda tinggal serumah ataupun sebilik dengan rakan anda.. ketahui la bahawa rakan anda serumah @ sebilik merupakna orang yang terdekat yang perlu anda jaga ati mereka. Anda bayangkan jika kita sakit atau saat-saat kita memerlukan pertolongan, siapa yang akan membantu kita kalau bukan rakan kita yang terdekat. jika kita tidak lokek menjaga hati mereka nescaya mereka juga tidak berasa susah untuk membantu kita..dan tidak rugi orang yang menjaga hati rakan-rakan nya kerana apabila sekali kita menjaga hati manusia, 1000 kali Allah akan menjaga hati kita dan manusia akan turut menjaga hati kita serta menghormati kita. pertuturan kita melambangkan hati kita..

[#] Moga dengan tip2 ini kita akan dapat membentuk hubungan yang baik antara rakan-rakan kita serta dapat membina jaringan ukhwah di antara umat Islam...


Wassalam.


EmoticonEmoticon