Gambar Hiasan
SUBHANALLAH.. INILAH AMALAN-AMALAN YANG DAPAT MENUNDAKAN KEMATIAN [ MESTI BACA DAN AMALKAN ]
Suatu hari, Malaikat Pencabut Nyawa mendatangi Nabi Ibrahim a.s.dan bertanya:
:
“Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”
:
“Itu sahabat sekaligus muridku" jawab Nabi Ibrahim a.s.
:
"Ada apa dia datang menemuimu?”
:
"Dia ingin menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan perkawinannya esok pagi"
:
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”
:
Selesai berkata demikian, Malaikat Kematian pun pergi meninggalkan Nabi Ibrahim a.s.
:
Hampir saja Nabi Ibrahim a.s. tergerak hatinya untuk memberitahu anak muda tersebut supaya menyegerakan perkawinannya malam ini juga dan memberitahu tentang kematian anak muda itu pada esoknya.
:
Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim a.s. memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.
:
Esok paginya, Nabi Ibrahim a.s. ternyata melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap berhasil melangsungkan perkawinannya.
:
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun
:
Nabi Ibrahim a.s. malah melihat anak muda ini panjang umurnya.
:
Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim a.s. bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempuh hari sewaktu memberitakan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?
:
Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.
:
“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”
:
Kematian memang di tangan (kuasa) Allah.
:
Justeru itu, mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Allah.
:
Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya Muhammad SAW bahawa sedekah itu dapat memanjangkan umur.
:
Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…SEDEKAH.
:
Maka, tenguklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling anda.
:
Bila anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda, maka inilah peluang anda untuk menghulurkan bantuan.
:
Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjangkan umur anda.
:
Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak?
:
Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur anda.
:
Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai.
:
Dan, tidak seseorang pun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba.
:
Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.
:
Bukankah sedekah akan mengundang cinta Allah?
:
Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak mustahil sekiranya Allah memanjangkan usia hambaNya serta dimatikan dalam Husnul Khatimah
:
Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampunan oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian sebentar lagi.
:
Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.
:
:
SUMBER USTAZ AHMAD NASIR
EmoticonEmoticon