Wednesday, 11 January 2017

" Saya selesa berkawan dengan dia " - Jep Sepah



[~]Dengan bermula beberapa gambar mesra yg dimuat naik ke IG jep, ramai peminat menyangka Jep Sepahtu sedang hangat bercinta dengan Sari Yanti. Bagaimanapun, bagi Jep buat masa ini, hubungan ‘persahabatan’ tersebut tidak pasti berada pada tahap yg bagaimana, namun jep akui selesa berkawan dengan pelakon jelita iaitu sara yanti.

[~]“Apabila saya berkawan dengannya, semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing. Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya”

[~]“Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya. Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk meletakkan nilai persahabatan kami pada tahap yang mana,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai hubungan persahabatan ‘teman tapi mesra’ diantara mereka yang terjalin.

[~]Pun begitu, Jep enggan kisah persahabatan mereka diperbesarkan oleh semua pihak kerana hubungan yang terjalin juga masih baru, malah masing-masing juga jarang berhubung atas komitmen kerja yang sibuk. Selain itu, Jep akui dirinya juga tidak tahu bagaimana untuk menilai hubungan itu kerana masing-masing tidak pernah mengisytiharkan apa-apa.

Sumber BERITA HARIAN


EmoticonEmoticon

:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:o
:>)
(o)
:p
:-?
(p)
:-s
8-)
:-t
:-b
b-(
(y)
x-)
(h)