Tuesday, 31 January 2017

Pendedahan Dari Pakar..!! Inilah Punca-Punca Haid Lambat Datang.

Tags


Pendedahan Dari Pakar..!! Inilah Punca-Punca Haid Lambat Datang.


#Pertama : Tekanan yang dialami oleh anda disebabkan kerja atau emosi.

  • [%]Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid anda. Bila anda dalam keadaan tertekan,badan akan mengeluarkan hormon stres yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.


#Kedua : Pengambilan ubat-ubatan atau jamu.

  • [%]Mungkin baru-baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.


  • [%]Tahukah anda, jamu menjadi panas di dalam badan kemungkinan ia tidak sesuai dengan tubuh seseorang mungkin menjadi faktor haid anda lambat.


#Ketiga : Kegemukan yang dialami oleh anda.

  • [%]Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidakseimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen.
  • [%]Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.


#Keempat : Badan anda terlalu kurus.

  • [%]Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlet dan penari balet.Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.


#Kelima : Masalah kesihatan yang dialami oleh anda.

  • [%]Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid.


#Keenam : Tersilap kira tarikh haid anda.

  • [%]Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
  • [%]Walaubagaimana pun jika keadaan ini berlarutan, memakan masa berbulan-bulan, sebaiknya  anda berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengenal pasti  punca sebenar mengapa haid anda lewat.


EmoticonEmoticon