[~:~]Jabon - Seorang wanita yang pernah menggemparkan Indonesia kerana gemar memakan ayam hidup memberitahu dia masih belum dapat meninggalkan tabiatnya itu.
[~:~]Miskaulah, 47, berkata, dia sudah menjalani rawatan terapi tetapi sehingga kini dia sukar untuk meninggalkan ketagihannya itu.
[~:~]“Kalau sehari saya tidak makan ayam hidup badan saya berasa lemah dan gelisah.
[~:~]“Selepas saya makan ayam, badan ini terasa ringan,” katanya ketika ditemui wartawan JawaPos.
[~:~]Ibu dua anak itu memberitahu, ketagihannya memakan ayam hidup bermula ketika dia masih kecil lagi.
[~:~]Miskaulah yang tinggal di Dusun Jangan Asem di Desa Trompoasri itu memberitahu, dia dilahirkan dari keluarga yang susah dan sering kelaparan ketika kecil.
[~:~]“Sejak itu ketagihan saya semakin kuat sebelum beralih kepada memakan ayam pula,” katanya.
[~:~]Walaupun pada awalnya, pendedahan Miskaulah itu menggemparkan penduduk kampungnya tetapi mereka akhirnya dapat menerima kenyataan mengenai ketagihan pelik wanita itu.
[~:~]“Penduduk kampung tidak kisah kerana saya membeli ayam untuk dimakan, bukannya saya mencuri,” jelasnya. - Agensi
EmoticonEmoticon