Mesti Baca..!! Inilah Akibatnya Kalau Suka Kencing Berdiri
[::] Membuang air kecil secara berdiri sudah menjadi kebiasaan kepada golongan lelaki. Malah di tandas-tandas awam, kemudahan untuk kencing berdiri disediakan bagi tujuan tersebut.
[::] Tetapi adakah golongan lelaki tahu, tabiat kencing berdiri adalah tidak baik untuk kesihatan. Semak kesan negatif akibat daripada kencing berdiri.
#Pertama :Tidak bersih
- [::] Buang air kecil dalam posisi berdiri menyebabkan kesucian anda terjejas terutama bagi mereka yang beragama Islam. Apabila buang air kecil berdiri, air kencing tersebut tidak keluar sepenuhnya sebaliknya akan keluar tanpa disedari ketika anda bergerak dan biasanya akan terkena pada seluar. Dalam posisi berdiri juga menyebabkan percikan air kencing terkena pakaian anda.
#Kedua : Tidak puas
- [::] Dalam posisi buang air kecil sambil berdiri, air kencing sebenarnya tidak keluar sepenuhnya. Ini kerana punci kencing anda tidak ditekan dengan sempurna untuk mengeluarkan keseluruhan air kencing. Anda akan rasa tidak puas dan kerap ulang balik ke tandas untuk membuang air kecil pula.
#Ketiga : Punca penyakit batu karang
- [::] Tabiat ini antara lain menjadi punca kepada penyakit batu karang. Air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan membentuk asid yang keras seperti bentuk batu dan akan memenuhi buah pinggang dan saluran punci kencing. Ubah gaya buang air kecil anda sebelum terlambat.
#Keempat : Punca masalah sistem badan
- [::] Ketika buang air kecil akan ada gas yang tidak diperlukan oleh tubuh yang akan keluar. Tetapi dalam posisi berdiri, gas ini tidak akan keluar dan akan berkumpul dalam badan. Ia sekali gus akan menyebabkan pelbagai masalah sistem badan.
#Kelima : Lemah syahwat
- [::] Lemah syahwat adalah masalah yang digeruni oleh lelaki. Anda pastinya tidak mahu tewas ketika di ranjang dengan mudah bukan? Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jangan sesekali amalkan membuang air kecil dalam keadaan berdiri. Mengapa? Ia kerana posisi seperti itu akan menyebabkan otot serta urat saraf di sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan.. Dipersilakan share.
EmoticonEmoticon