Monday 23 January 2017

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Kemalangan Yang Menyayat Hati Dua Beradik.


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Kemalangan Yang Menyayat Hati Dua Beradik.

[#]Murid tahun 5 maut manakala kakaknya parah kerana motosikal yang ditunggang mereka telah dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kelab Cinta Sayang, malam tadi.
:
:
[#]Kemalangan berlaku 7.35 mlm tadi berhampiran Taman Tuanku Haminah di sini ketika mangsa keluar dari persimpangan untuk ke sebuah restoran makanan segera.
:
:
[#]Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan awal mendapati sejurus keluar dari simpang itu, mangsa membelok ke kanan untuk masuk ke Taman Tuanku Hamimah, namun dirempuh SUV dari arah Taman Peruda yang gagal mengelak motosikal itu.
:
:
[#]Katanya,akibat rempuhan itu kedua2 mangsa Muhammad Khairzuran Khairuddin, 10 tahun, dan kakaknya pula Khairunnisa, 17 tahun, telah tercampak beberapa meter ke atas jalan.
:
:
[#]Adik Muhammad Khairzuran cedera di bahagian kepala, kaki dan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya pula cedera di kepala dan kaki.
:
:
[#]Kakak kepada arwah adik Muhammad Khairzuran Khairuddin yg cedera telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim dan arwah adik Muhammad Khairzuran pula dihantar ke Jabatan Forensik untuk di bedah siasat.
:
:
[#]Pihak polis juga masih menjalankan siasatan lanjut punca kejadian mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.
:
:
[#]Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik Muhammad Khairzuran Khairuddin.. Semoga keluarga tabah menghadipi ujian ini.. Innsya Allah..


EmoticonEmoticon