Saturday, 21 January 2017

Inna Lillahi Aa Inna Ilayhi Raji'un.. "Dia insan terpilih dan walaupun tidak sempat menghabiskan ibadah umrah tetapi Insya-ALLAH pahala itu ada untuknya," Innsha Allah.


[!!] "Dia insan terpilih dan walaupun tidak sempat menghabiskan ibadah umrah tetapi Insya-ALLAH pahala itu ada untuknya," kata Luqman Hakim Alias, 32, abang kepada remaja menghidap leukemia tahap empat yang meninggal dunia di Madinah.

[!!] Muhammad Ramadhan Alias, 21, disahkan meninggal dunia di Hospital Al-Ansar Madinah kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan, hari ini.

[!!] Pada 18 Januari lalu, remaja berkenaan diterbangkan ke Mekah bersama ibunya, Saibah Yaacob , 57, selepas mendapat tajaan dari Biro Kebajikan Umno Malaysia dan Kerajaan Terengganu untuk menunaikan ibadah umrah.

[!!] Kata Luqman Hakim, dia sekeluarga reda dengan pemergian adik bongsunya itu dan bersyukur kerana hanya insan istimewa sahaja dipilih untuk bersemadi di tanah suci ALLAH.

[!!] Menurutnya, mereka juga gembira kerana hasrat terakhir adiknya untuk ke tanah suci Mekah termakbul.

[!!] "Memang dia selalu ulang-ulang untuk menunaikan umrah dan kita berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu merealisasikan hasratnya. Dia sebenarnya sudah tenat tetapi di hadapan orang lain dia berpura-pura tidak sakit dan cekalkan semangat.

[!!] "Ketika di lapangan terbang dia lemah tetapi kuatkan diri kerana jika tunjukkan diri sebenar yang lemah, dia tidak akan dibenarkan menaiki pesawat untuk ke tanah suci. Saya faham penderitaan yang dialami kerana berada bersama mengikuti segala rawatan," katanya kepada Sinar Harian.

[!!] Katanya, pagi tadi dia mendapat panggilan mengatakan adiknya sudah menghembuskan nafas terakhir di hospital iaitu sekitar jam 5.30 pagi waktu di sana.

[!!] "Dia dikatakan sudah tidak sedarkan diri ketika di hotel dan dibawa ke hospital, ketika tiba di sana dia sudah tiada.

[!!] "Walaupun sedih kami tetap gembira dan ibu saya juga berada dalam keadaan tenang serta reda dengan ketentuan ini," katanya.

[!!] Kata anak kedua dari lima beradik itu, mereka sekeluarga memang menunggu kepulangan Ramadhan dan ibunya kerana ingin meraikan hari ulang tahun kelahiran remaja itu bersama-sama.

[!!] "23 Januari genap dia berusia 21 tahun tetapi tidak sempat kerana dia sudah dijemput dan sudah sampai waktunya.

[!!] "Dia dan ibu dijadualkan akan pulang pada 28 Januari ini dan hasrat kami untuk meraikan hari istimewanya tidak kesampaian.

[!!] "Ada tempat lebih istimewa untuknya dan ibu saya akan meneruskan ibadah umrah sehingga selesai.

[!!] "Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Madinah," katanya.

[!!] Al Fatihah

Sumber SINAR HARIAN


EmoticonEmoticon