GAMBAR SUMBER BH
[#]SRI AMAN: Mayat lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemui dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan buaya, hari ini.
.
.
[#]Mangsa, Aji Inyau, 73, ditemui terapung oleh penduduk kampung pada jam 7.30 pagi kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dikatakan terjatuh di Sungai Baya, Skrang, di sini.
.
.
[#]Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata pemeriksaan lanjut mendapati mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap, namun ada kesan gigitan di bahu kirinya.
.
.
[#]"Kesan itu dipercayai gigitan buaya dan pemeriksaan lanjut masih dijalankan untuk mengesahkannya," katanya yang memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman.
.
.
[#]Laporan kehilangan Aji dibuat isterinya pada jam 10.30 malam, Rabu lalu selepas dia tidak balik ke kediamannya di Rumah Panjang Jangin Kejemut, Skrang.
.
.
[#]Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan di sepanjang sungai berkenaan sehinggalah mayat mangsa ditemui terapung pada hari kedua operasi, pagi tadi.
.
.
Sumber BH ONLINE
EmoticonEmoticon