Gambar Hiasan
SOALAN :
[#]Assalamualaikum ustaz, Mohon pecerahan ustaz.. Bolehkah wanita menggunakan sangul dan rambut palsu?
JAWAPAN :
[#]Waalaikumsalam.. Pada hari ini terdapat banyak sangat aksesori rambut wanita dijual di pasaran. Terdapat pelbagai jenis & bentuk yg mudah digayakan. Ada sanggul & rambut palsu yg dilekatkan dgn penyepit rambut yg mudah disematkan pada rambut.
[#]Penggunaan sanggul palsu & rambut palsu adalah dilarang dipakai oleh wanita Islam krn pemakaiannya termasuk dlm kategori menyambung rambut. Walaupun rambut tersebut tidak bersambung terus, tetapi dgn mnyematnya pada rambut, ia dilihat lebih panjang dari rambut sebenarnya dan ia kelihatan seperti rambut asli wanita yang memakainya.
[#]Sesungguhnya, Rasulullah SAW melaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang meminta untuk disambungkan rambutnya. Oleh yang demikian, wanita mestilah menjauhi perbuatan yang dilarang dan dilaknat oleh Allah SWT.
[#]Namun begitu, apabila wanita tidak mempunyai rambut atau kepalanya botak, maka dibolehkan baginya menggunakan rambut palsu. Tujuan memakainya adalah untuk menutup aib wanita yang berkepala botak. Menutup aib hukumnya dibolehkan. Akan tetapi sebaik-baiknya wanita wajib memakai tudung jika keluar rumah. Jika mahu memakai rambut palsu di hadapan suami, dibolehkan tetapi diharam jika berlebih-lebihan.
Sumber Facebook
EmoticonEmoticon