Sunday, 15 January 2017

DOA UNTUK WANITA YANG SELALU PUTUS TUNANG & PINANGAN SELALU TIDAK MENJADI. SILA SHARE!!!

Tags

Gambar Hiasan

(*)Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

(*)Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

(*)Sahabat yang di rahmati Allah,

(*)Ibubapa mesti risau dan susah hati sekiranya anak gadisnya tak berkahwin-kahwin apabila sudah sampai masanya. Yang merisaukan mereka semasa anak gadisnya sudah bertunang itu, ada berita dari pihak lelaki nak putuskan ikatan pertunangan itu.

(*)Ada juga pihak lelaki yang berjanji pada awalnya nak masuk meminang anak gadisnya tiba-tiba tak jadi datang pula, tunda tarikh lain.. akhirnya senyap begitu sahaja tanpa berita.

(*)Kata orang 'Jodoh itu ditangan tuhan', tetapi sebagai hamba-Nya hendak juga berusaha untuk mendapat jodoh yang baik supaya kekal sepanjang hayat.

(*)Ada kemungkinan terjadi disebabkan sihir, jin telah jatuh cinta pada gadis tersebut dan lain-lain sebab. Yang sebaik-baiknya bergantung harap dan tawakal pada Allah SWT.
Jalan singkat yang selalu diambil oleh sesetengah gadis yang malang begini, mula jumpa bomoh dan mandi bunga untuk buang sial, majal. Jangan lakukan perbuatan syirik ini. Dosa besar! Ada ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh  dibuat mandi mengantikan "Mandi Bunga". Selalulah membaca "Doa mendapat Jodoh" Pilihlah jalan yang redha oleh Allah SWT.

Cara-caraNya:

(*)Baca doa ini pada air mandian secukupnya serta air mineral untuk diminum. Apabila mandi dengan air bacaan doa itu, Perahkan dua atau tiga biji limau nipis dan masukkan kedalam air mandian berserta limau itu. Limau nipis baik untuk menghalau jin atau syaitan yang menghuni dalam badan.

(*)Digosok seluruh badan pada semua bahagian anggota, dicelah-celah ketiak, pelipat, dll dengan tangan.  Akhir sekali jirus dari atas kepala hingga hujung kaki. Semasa jirus itu baca selawat banyak kali dan niat. Niat terpulanglah.


Alif-lam-meem-ra tilka ayatualkitabi wallathee onzila ilayka minrabbika alhaqqu walakinna akthara annasila yu/minoon

Allahu allathee rafaAAa assamawatibighayri AAamadin tarawnaha thumma istawa AAalaalAAarshi wasakhkhara ashshamsa walqamara kullunyajree li-ajalin musamman yudabbiru al-amra yufassilu al-ayatilaAAallakum biliqa-i rabbikum tooqinoon

Wahuwa allathee madda al-ardawajaAAala feeha rawasiya waanharan waminkulli aththamarati jaAAala feeha zawjayniithnayni yughshee allayla annahara inna fee thalikalaayatin liqawmin yatafakkaroon

Maksudnya:

Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.

Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.



EmoticonEmoticon