Friday, 6 January 2017

DOA UNTUK PERANCANGAN MAJLIS PERKAHWINAN BERJALAN LANCAR DAN MENDAPAT PASANGAN YANG SERASI.

Tags


[:] Sifat semula jadi pasangan adalah berlawanan atau bertentangan. Perangai berbeza. Citarasa pun juga berbeza. Itu selalu berlaku dan kita berharap sekiranya bertemu jodoh nanti biarlah pasangan itu serasi dengan pilihan kita. Serasi biarlah rumahtangga itu yang didirikan atas kasih sayang yang akan berkekalan sehingga ke anak cucu.



[:] Sebelum menjelang hari perkahwinan yang dirancangkan. Biarlah rancangan itu berjalan dengan lancar. Tiada timbul masalah dalam persediaan takut-takut majlis yang telah dirancang dengan rapi menjadi haru biru, kacaubilau dan celaru kerana sedikit perselisihan faham diantara kedua belah pihak.



[:] Kepada bakal-bakal pengantin yang akan berkahwin. Eloklah membaca dua (2) doa ini selepas solat supaya semua perkara-perkara berkenaan pasangan dan majlis perkawinan itu diberkati Allah SWT dan dipermudahkan-Nya..insha Allah.

Doa Yang Pertama :



Ani iqthifeehi fee attabootifaqthifeehi fee alyammi falyulqihi alyammu bissahiliya/khuthhu AAaduwwun lee waAAaduwwun lahu waalqaytuAAalayka mahabbatan minnee walitusnaAAa AAalaAAaynee
Terjemahannya:

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Doa Yang Kedua :



Ith qala yoosufu li-abeehi yaabati innee raaytu ahada AAashara kawkaban washshamsawalqamara raaytuhum lee sajideen

Terjemahannya:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

[:] Semuga dipermudahkan urusan majlis perkahwinan yang diberkati.


[:] Sekian wasallam.


EmoticonEmoticon