Friday, 20 January 2017

CARA PALING RINGKAS TAPI SEDAP UNTUK BUAT KERABU TAUGE

Tags


CARA PALING RINGKAS TAPI SEDAP UNTUK BUAT KERABU TAUGE 


#Bahan-bahan yang diperlukan :

  • [!!]Sebungkus tauge (dalam 50 sen kalau di Malaysia)
  • [!!]3 ulas bawang merah (dihiris)
  • [!!]7 biji cili padi (dihiris)
  • [!!]Seinci belacan (dibakar)
  • [!!]Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • [!!]1 sudu teh lada hitam biji
  • [!!]2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • [!!]1 sudu makan kerisik
  • [!!]Garam & gula secukup rasa


#Cara-cara untuk membuatnya :


  • [!!]Tauge/pucuk-paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jangan lama sangat, nanti lembik pula.
  • [!!]Kemudian, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  • [!!]Hiris halus bawang merah & cili padi.
  • [!!]Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau hendak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  • [!!]Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam tauge/pucuk-paku. Gaul rata.
  • [!!]Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jangan biarkan kerisik berketul.
  • [!!]Akhir sekali, masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.


#Mudah sangat2 kan? Jom cuba guysss..


EmoticonEmoticon