(**)Selain itu, perut kembung dan hilang selera makan menjadikan anda hilang keyakinan diri. Aktiviti seharian anda terbatas dan ini mengganggu perjalanan hidup normal anda. Kenali masalah ini dan bagaimana mengatasinya.
(**)Angin dalam badan adalah gas yang terkumpul dalam sistem penghadaman. Ia mengandungi gas tidak berbau seperti karbon dioksida, hidrogen dan metana yang mana 99% kandungannya adalah gas buangan daripada usus.
(**)Manakala angin yang keluar daripada dubur dan berbau busuk mengandungi sulfur yang dibebaskan bakteria dalam usus besar akibat makanan tidak hadam dengan baik.
(**)cara untuk mengatasi lebihan angin dalam badan dengan segera.
(**)1. Kawal pemakanan dan elak makan terlalu banyak makanan ringan serta air berkarbonat.
(**)2. Dapatkan ubat perangsang aktiviti usus di farmasi untuk melancarkan pembuangan angin daripada usus.
(**)3. Banyakkan minum air bagi melancarkan aliran darah dan membersihkan usus.
(**)4. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, makanan berzat serat serta buah-buahan.
(**)5. Bersenam dan berurut untuk mengurangkan masalah stres.
(**)6. Jangan makan dengan laju kerana anda menelan udara dengan lebih banyak. Kunyah makanan dengan betul agar makanan yang tiba di usus mudah dicerna dan hadam.
(**)7. Elak mengunyah gula getah dan kurangkan tabiat merokok.
(**)8. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng kerana ia mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini menyebabkan gas terkumpul dalam perut.
(**)9. Amalkan makan dengan jumlah yang sedikit namun kerap supaya perut tidak kosong dan rasa lapar.
EmoticonEmoticon