Thursday, 26 January 2017

Cara Membuat Keropok Lekor ganu.

Tags


Cara Membuat Keropok Lekor ganu.

Bahan-Bahannya ialah:

  • [#] 12 ekor ikan kembong/selayang
  • [#] ½ cawan tepung sagu
  • [#] Garam secukup rasa


Bahan Sos 

  • [#] Cili yang dikisar
  • [#] Air asam jawa
  • [#] Gula Melaka
  • [#] Tepung jagung
  • [#] Garam, gula, dan cuka


Cara-Cara Membuatnya ialah:


  • [#] Pertama : Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja. Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.
  • [#] Kedua :Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.
  • [#] Ketiga : Uli sehingga semua bahan tersebut sebati. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
  • [#] Keempat : Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.
  • [#] Kelima : Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terus dengan menggunakan minyak banyak.
  • [#] Keenam : Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.


Cara-Cara Membuat Sos Ialah :

  • [#] Pertama : Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan. Selepas itu masukkan cili yang sudah di blend, gula melaka dan air asam jawa.
  • [#] Kedua : Bila sudah mendidih, masukkan garam, gula dan cuka. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
Selamat mencuba guyss..


EmoticonEmoticon