Wednesday, 25 January 2017

Cara-Cara Membuat Kek Batik Milo Yang Mengacam.

Tags


Cara-Cara Membuat Kek Batik Milo Yang Mengacam.

#Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • [:] 250 gram biskut marie (dipatah-patah)
  • [:] 125 gram mentega
  • [:] 2 biji telur gred A (dipukul sedikit
  • [:] ¾ cawan susu pekat manis
  • [:] 1 cawan milo
  • [:] ½ camca besar serbuk koko
  • [:] ¼ cawan air
  • [:] ¾ camca teh esen vanilla



#Cara membuatnya ialah:

  • [:] Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega ke dalam satu bekas.
  • [:] Kacau hingga semua sebati.
  • [:] Tuang bahan itu ke dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  • [:] Kacau tanpa henti bancuhan tadi sehingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  • [:] Tuang dalam bekas atau loyang yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi sehingga padat, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas.
  • [:] Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
  • [:] Keluarkan dan biarkan ½ jam sebelum dihidangkan.
Dipersilakan share


EmoticonEmoticon