Tuesday 24 January 2017

Barack Obama Salurkan Hampir RM1 Bilion Secara Senyap-Senyap Kepada Palestin Sebelum Pentadbiran Beliau Berakhir


Barack Obama Salurkan Hampir RM1 Bilion Kepada Palestin Sebelum Pentadbirannya Berakhir


[#]Barack Obama telah dilaporkan menginkari bantahan parti Republikan selepas beliau secara senyap-senyap telah menyalurkan AS$221 juta [RM980 juta] kepada Pihak Berkuasa Palestin beberapa jam sebelum pentadbiran beliau berakhir.
:
[#]Seorang pegawai Jabatan Negara & beberapa pembantu Kongres berkata, pentadbiran beliau sebelum ini secara rasmi memaklumkan kepada Kongres yg beliau akan membelanjakan wang itu pada pagi Jumaat, sebelum Donald Trump menjadi presiden.
:
[#]Lebih daripada AS$227 juta [RM1 bilion] dana yg diperuntukkan untuk hal ehwal luar negeri dikeluarkan ketika itu, termasuk AS$4 juta [RM17.6 juta] utk program perubahan iklim dan AS$1.25 juta [RM5.5 juta] untuk organisasi Pertubuhan Bangsa2 Bersatu [PBB], bagaimanapun dana itu telah ditangguh ahli Kongres GOP.
:
[#]Sekurang2nya 2 anggota GOP menangguhkan dana Palestin itu. Penangguhan Kongres umumnya dihormati cabang eksekutif tetapi tidak terikat secara perundangan.
:
Sumber BERITA HARIAN


EmoticonEmoticon