Anda Perlu Tahu Bahayanya Garam. No 3 Tu Yang Sangat Menakutkan Bagi Wanita.
[::] Garam merupakan pelengkap untuk menambah citarasa dalam masakan yang dihidangkan. Tanpa garam, masakan akan terasa hambar, tawar dan tidak sedap!
[::] Selain menjadi penyedap rasa, garam atau natrium juga berfungsi sebagai pengawet makanan. Meskipun besar manfaatnya, kita harus tahu bahawa pengambilan garam berlebihan boleh meninggalkan kesan buruk bagi kesihatan.
[::] Risiko yang bakal menanti anda jika kelebihan garam di dalam tubuh, jom semak!
#Pertama : Tekanan Darah Tinggi
[::] Kesan buruk yang akan adan terima jika mengambil garam dalam jumlah yang berlebihan adalah meningkatkan tekanan darah. Natrium bekerja menahan air di dalam tubuh sehingga volume darah yang beredar akan meningkat. Peningkatan volume darah ini akan meningkatkan lagi tekanan darah pada dinding pembuluh darah. Inilah yang dipanggil ‘hipertensi’ atau tekanan darah tinggi.
#Kedua : Osteoporosis
[::] Osteoporosis adalah suatu keadaan yang mempengaruhi kesihatan tulang, sehingga rapuh dan lemah. Kalsium adalah mineral utama yang memberikan sumbangan terbesar untuk kesihatan tulang. Sedangkan apabila anda masih mengambil garam dengan pengambilan yang cukup tinggi, justeru akan membuat kalsium tidak bekerja maksimum.
[::] Wanita yang mengambil garam dalam jumlah yang tinggi akan lebih banyak kehilangan mineral tulang dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambilnya secara berlebihan.
#Ketiga : Kegemukan
[::] Pengambilan sodium yang tinggi secara tidak langsung menyebabkan kenaikan berat badan obesiti. Garam akan membuatkan anda berasa haus dan akhirnya meningkatkan pengambilan cecair dalam tubuh.
[::] Ketika anda dihambat rasa haus yang berpanjangan, anda mungkin memilih untuk minum minuman manis dan tinggi gula serta soda, berbanding air putih.
#Keempat : Buah Pinggang
[::] Kelebihan air dalam perjalanan darah juga akan menyekat sistem kerja buah pinggang. ‘Glomerulus’, ‘Tubulua’ yang bekerja untuk menyaring, menyerap dan mengeluarkan urine dan zat beracun akan bekerja lebih teruk kerana beban cecair yang berlebihan dalam peredaran darah. Kelebihan air ini akan membuatkan buah pinggang bekerja lebih ekstra.
[::] Bagi buah pinggang yang normal dalam waktu yang singkat mungkin tidak akan menimbulkan apa-apa masalah. Tetapi dalam jangka waktu yang panjang, ia akan mengakibatkan kerosakan ‘glomerulonefritis’ dan buah pinggang.
[::] Bagi pesakit buah pinggang seperti ‘glomerulonefritis’ atau sindrom nefrotik, kelebihan garam ini akan membuatkan penyakitnya menjadi semakin parah.
[::] Sila Kurangkan Pengambilan Garam!
[::] Supaya lebih sihat, anda harus membiasakan diri untuk mengurangkan pengambilan garam.
#Berikut adalah tips yang boleh anda cuba:
- [::] Gunakan rempah atau perencah lain untuk menggantikan garam.
- [::] Kurangkan penambahan garam dalam masakan.
- [::] Bataskan pengambilan snack yang masin seperti ‘potato chip’, ‘cracker’ dan makanan segera.
- [::] Ganti ‘jajan’ dengan buah-buahan seperti buah naga, anggur, oren atau pun kiwi.
- [::] Perbanyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan potassium seperti aprikot dan kismis.
- [::] Perhatikan apa sahaja produk yang anda beli, baca labelnya untuk mengetahui kandungan garam di dalamnya.
- [::] Disarankan mengambil makanan yang banyak mengandungi vitamin C seperti tomato, lobak, ceri dan kiwi.
EmoticonEmoticon