Tuesday, 27 December 2016

Seorang pengutip besi buruk dihukum penjara 2 bulan dan di denda RM200


Seorang pengutip besi buruk dihukum penjara 2 bulan dan di denda RM200 oleh Mahkamah Majistret kuala lumpur kerana mencuri 4 helai kemeja di sebuah pusat beli belah, 2 hari lalu.

Majistret Umzarul An-Nur Umar telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Ghaz Haswanddy Ghazali, 36, selepas beliau telah mengaku salah mencuri kemeja berkenaan yang bernilai RM196 di Aeon Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail 5 petang, 25 Disember.

Bapa 3 anak itu telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Mahkamah turut memerintahkan dia menjalani hukuman penjara 4 hari sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal krn kekerapan kes curi tetapi tertuduh yg tidak diwakili peguam telah merayu diberi hukuman ringan.

Di mahkamah sama, penganggur Hamdan Omar, 51, dipenjara sebulan kerana mencuri dompet berharga RM32.90 milik Mydin Mohamed Holding Bhd di Mydin Sinar Kota, Jalan Silang di sini pada 10.20 pagi, 16 Disember lepas.

Beliau juga dipenjara 14 hari krn gagal mengemukakan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri sementara kpd anggota polis yg melakukan pemeriksaan terhadapnya pada tarikh, masa dan tmpat sama.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu serentak bermula dari tarikh beliau ditangkap pada 16 Disember.

Sumber BH ONLINE


EmoticonEmoticon