Tuesday, 6 December 2016

SANGAT SAYU : MAAFKAN AYAH DAN IBU..3 BERADIK MAUT LEMAS KETIKA MEMANCING .. HIDUP SUSAH TERPAKSA MEMANCING IKAN ? (6GAMBAR)


#Pekan : Maafkan Ayah dan ibu .. Suami isteri ini kehilangan 3 anak mereka serentak akibat lemas ketika memancing, ada sumber mengatakan keluarga ini hidup susah terpaksa memancing ikan namun sejauh mana kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan.#

#Jika dilihat pada rumah dan tempat jasad ketiga-tiga beradik ini ditempatkan  amat lah daif dan dilihat keluarga ini dalam kehidupan yang amat susah.#

#Namun perkara telah terjadi diharap keluarga ketiga beradik ini tabah dengan dugaan yang menimpa mereka, semoga roh ketiga beradik ini dicucuri rahmat.#

#Harian metro melaporkan tiga beradik ditemui lemas selepas keluar memancing di kawasan parit berhampiran rumah mereka di Kampung Permatang Jerek Merchong, di sini, kira-kira 2 petang tadi.#

#Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, tiga mangsa iaitu Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12; Mohamad Firdaus Mohamad Rasid, 11; dan Nor Alia Mardiana Mohamad Rasid, 7, ditemui bapa mereka serta beberapa penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.#

#"Siasatan awal mendapati tiga beradik ini keluar memancing di kawasan parit kira-kira 300 meter dari rumah mereka. Ketika itu ibu bapa mangsa berada di rumah.#

#"Bagaimanapun semua mangsa ditemui lemas selepas bapa mangsa keluar mencari tiga beradik ini yang tidak pulang sebelum menemui anaknya lemas di kawasan memancing itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.#

#Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.#





EmoticonEmoticon