Tuesday, 27 December 2016

"Kami minta smua pihak supaya hentikan komen negatif krn kami juga terkesan dengan tragedi ini"


[:] "Kami minta smua pihak supaya hentikan komen negatif krn kami juga terkesan dengan tragedi ini." Demikian permintaan Zaheerah Zubir, adk kpd pemandu bas ekspres, Zakeer Zubir, berhubungan kemalangan bas di Pagoh, Sabtu lalu, yg mengorbankan 14 nyawa, termasuk abangnya.


[:] Zaheerah, 21, berkata keluarganya turut mengalami trauma terutama ibunya, Rasidah Abdul Rahim, 61, selain dua anak arwah, Nur Cahaya Zulaikha, 4 dan Nur Zafeerah, 2, yang sering bertanya mengenai ibu bapa dan adik mereka.


[:] "Kami mnta semua pihak supaya menghentikan komen negatif mengenai kemalangan itu."


[:] "Kasihanilah ibu bapa sy yang turut trauma dgn kejadian terbabit, selain memikirkan banyak perkara, termasuk nasib anak arwah, mereka juga tidak sihat.


[:] "Kakak ipar saya pun masih dalam trauma. Dua anak arwah abang saya juga mula mencari ibu bapanya dan mereka seolah-olah macam hilang punca," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, sebentar tadi.


[:] Zaheerah berkata, semua ahli keluarganya sememangnya sedang bersedih, namun perlu menunjukkan semangat yang kuat terutama di hadapan ibu bapa dan anak arwah.


[:] Beliau berkata, isteri arwah juga masih tidak dapat menerima kejadian itu, namun kehadiran beliau dan abang, Zameer, 35, sedikit sebanyak menenangkannya.


[:] "Pihak hospital juga memberi kaunseling. Kami berharap semua pihak faham dengan situasi keluarga kami," kata adik arwah





EmoticonEmoticon