Wednesday, 21 December 2016

GEMPAR!! Bapanya Hampir Rebah Setelah Dapat Tahu Anaknya Hidup Semula Ketika Majlis Pengebumian


#RAKAMAN video yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ‘hidup’ kembali ketika upacara pengebumiaannya cukup memeranjatkan.

#Kejadian itu berlaku di gereja di Aurora, Zamboanga del Sur, Filipina.
Dalam rakaman itu, seorang kanak-kanak yang berada di dalam keranda untuk dikebumikan kembali bernafas. Berikutan itu ayahnya dengan segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

#Kanak-Kanak itu disahkan meninggal dunia pada Sabtu selepas mengalami demam selama beberapa hari.

#Inspektor Heidil Teelan memberitahu ‘The Philippines Star': “Pada Sabtu, doktor dan kakitangan klinik mengesahkan tiada denyutan jantung dikesan pada pesakit dan dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi.”

#Bagaimanapun, apabila jiran keluarganya mengalihkan penutup keranda yang menutup mayatnya dan mereka melihat badan kanak-kanak tersebut bergerak-gerak.

#Teelan menambah: “Kami tidak boleh mengesahkan status kanak-kanak tersebut namun berdasarkan pemerhatian anggota polis sebelum ini dia berada dalam keadaan koma.”

#Sebaik sahaja kanak-kanak dikesan masih hidup, dia diberikan air dan dibawa ke hospital sebelum pulang ke rumah bersama keluarganya.

#Terdapat beberapa kes melibatkan mereka yang telah meninggal dunia bangun ketika majlis pengebumian di serata dunia sebelum ini.

#Dalam satu lagi kejadian, tetamu yang hadir pada majlis pengebumian, Brighton Dama Zanthe, 34, berkata, mereka dihantui pengalaman pelik apabila si mati bangun ketika hendak dikebumikan.

#Di Lexington Mississippi, Walter Williams juga mencatatkan kes sama, apabila dia yang disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung kembali bernafas pada majlis pengebumian.

#Sementara itu, Kalvin Santos pula mencatatkan pengalaman yang tidak kurang anehnya. Dia yang disahkan telah meninggal dunia tiba-tiba bangun dari keranda dan meminta segelas air ketika majlis pengebumiannya di Belem, utara Brazil. Bagaimanapun selepas itu dia disahkan meninggal dunia kali kedua.

#Seorang pelayan di Mesir yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pula, dikesan hidup kembali ketika dikebumikan. mStar


EmoticonEmoticon