Saturday, 24 December 2016

Adakah Suami Berhak Memantau Isteri Bermain Facebook?

Tags



[:]Suami wajib menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh membawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.


[:]Facebook adalah jaringan kawan2 dan kenalan, maka itu suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadis di bawah ini.


[:]Hayati Firman Allah SWT di bawah yang maksudnya :

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).


[:]Di antara yang dipesan oleh Rasululllah SAW ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda ;

“Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan). 


P/S :  Jika suami melarang atau meminta kita mengurangkan aktiviti di media sosial, hendaklah kita menerima tegurannya dengan hati terbuka.


EmoticonEmoticon