Sunday 27 November 2016

Dendam Tak Akan Singgah Kalau Lelaki Tak Buat Macam Ini

Tags



(**)Selalunya dendam di hati kaum isteri disebabkan suami pernah menghancurkan kepercayaan yang diberikan isteri terhadap dirinya. Biasanya, isteri mula berdendam apabila melibatkan orang ketiga. Rasa sakit hati yang melampau ini tidak mudah terpadam dengan sekadar ucapan maaf.

(**)Marah dan sakit hati yang akhirnya menjadi dendam ini akan mencetuskan rasa mahu bertindak balas, sama ada secara terus-terang, senyap atau menunggu waktu yang sesuai bagi membalas rasa dendam itu.

(**)Punca

(**)Sering kali dendam ini dilakukan isteri yang sakit hati kerana dilukai oleh `kenakalan’ suami, seperti berbohong dan memberi perhatian atau bercinta dengan wanita lain. Dendam ini bermaksud seperti perkara berikut:

(**)1. Pemberian kasih sayang suami pada wanita lain
(**)2. Berbelanja serta memberi wang ringgit kepada yang bukan untuk diri dan keluarganya
(**)3. Memberi perhatian berlebihan kepada wanita lain dan bukan pada isterinya
(**)4. Berbohong dan tidak bercakap benar tentang apa yang isterinya tidak suka

(**)Tip buat suami berhadapan dengan isteri pendendam, suami perlu melakukan beberapa perkara:

(**)1.  Dapatkan semula kepercayaan isteri sebagai peluang kedua.
(**)2.  Gunakan peluang kedua dengan sebaiknya agar tidak membuat kesilapan berulang.
(**)3.  Tolonglah berterus-terang pada setiap masa.
(**)4.  Mendahulukan dan mengutamakan isteri dalam apa jua keadaan.
(**)5.  Menjadikan isteri sebagai orang paling istimewa dalam hidup suami selepas ibunya.
(**)6.  Melibatkan aktiviti harian dengan isteri sepenuhnya.
(**)7.  Memberitahu isteri, dia orang yang pertama diberitahu tentang sesuatu perkara yang berlaku.

(**)Cara Ambil

(**)Kerap kali isteri yang terluka disebabkan oleh rasa dibohongi atau ditipu akan lebih berwaspada di lain waktu. Oleh yang demikian, tugas suami hendaklah mengambil semula hati dan kepercayaan isteri, dengan apa cara sekalipun. Isteri akan lebih berhati-hati dengan memeriksa kelakuan serta gerak-geri suami agar dirinya tidak tertipu atau dibohongi lagi.

(**)Bagi isteri yang pernah dilukai, dia agak sukar menerima apa sahaja termasuklah pemberian istimewa daripada suami, kerana menganggap pemberi itu sekadar mahu menutup kesalahan dan tidak ikhlas.

(**)Memberikan hadiah yang besar dan mahal tidak digalakkan kerana lebih besar dan lebih mahal hanya menunjukkan lebih besar dan lebih mahal dosa yang telah diperlakukan. Namun dendam tetap akan berlaku disebabkan kurang menerima perhatian, hadiah ataupun wang ringgit. Setiap isteri akan mencatu dan memerhati waktu suami untuk memastikan suami tidak mempunyai aktiviti lain selain daripada dirinya.

(**)Untuk mengambil hati isteri, seorang suami perlulah...

(**)1. Berada di sisi isteri sepenuh masa
(**)2. Luangkan masa bersama isteri dan bukan dengan kawan-kawan
(**)3. Memberitahu setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari
(**)4. Memasukkan isteri di dalam agenda suami
(**)5. Membenarkan isteri memeriksa handphone dan laman media sosial suami
(**)6. Membenarkan isteri menjawab handphone suami
(**)7. Berterus-terang
(**)8. Berkongsi maklumat yang tidak melibatkan wanita lain
(**)9. Memberi masa untuk isteri menenangkan dirinya

(**)Nasihat Buat Isteri

(**)Sebagai isteri, perlulah mempunyai tolak ansur dengan sikap “forgive and forget”. Kita mungkin boleh forgive tetapi tidak boleh forget disebabkan sakit hati yang hanya isteri sahaja tahu.

(**)Forgive and forget ini dapat menyelamatkan institusi kekeluargaan di masa akan datang. Berjumpalah dengan orang yang lebih arif di dalam hal ini untuk mendapatkan penyelesaian.

(**)Pembohongan atau penipuan akan berlaku pada bila-bila masa, di suatu masa atau seketika. Kemungkinan pembohongan tersebut berlaku disebabkan suami tidak mahu merunsingkan atau menyusahkan hati si isteri. Pembohongan adalah berbeza dengan alasan tidak mahu memberitahu isteri atau ingin menjaga hati isteri.

(**)Perasaan berdendam tidak akan berkesudahan dan mungkin akan membawa kepada perkara yang tidak diingini. Kepada isteri-isteri, lebih baik bertanya dengan mana-mana pakar dalam bidang keluarga untuk mendapatkan kepastian sesuatu perkara dan cari jalan penyelesaian terbaik, agar kedua-dua pihak masih boleh berkomunikasi dan hidup bersama. Lebih baik memberitahu perkara sebenar daripada memikirkan apakah penipuan yang telah berlaku dan akan berlaku.


EmoticonEmoticon