Bahan-bahan yang diperlukan:
(**)5 biji telur (tetapi 2 biji itu anda buang putih telurnya)
(**)100 gram mentega (dicairkan)
(**)80 gram gula pasir
(**)100 gram tepung gandum
(**)1 sudu the emulsifier
(**)3 sudu makan susu pekat manis
(**)1 sudu teh esen vanilla
(**)1 sudu teh serbuk coklat/koko
Cara Membuatnya:
(**)1. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah Celcius.
(**)2. Pukul gula, telur, emulsifier sehingga kembang dan putih.
(**)3. Kemudian tambahkan susu pekat manis.
(**)4. Masukkan tepung gandum dan esen vanilla. Kemudian kacau perlahan-lahan sehingga rata.
(**)5. Cedok keluar 1/3 bahagian adunan dan tambah dengan bancuhan serbuk coklat/koko dan kacau sehingga sebati.
(**)6. Tuang ½ adunan biasa tadi, kemudian masukkan adunan coklat/koko dan tuang baki adunan biasa sehingga habis. Di atasnya tepekkan dengan satu adunan coklat/koko.
(**)7. Kemudian gunakan chopstick atau lidi satay, buat beberapa pusingan (corak) di atas adunan tadi.
(**)8. Setelah itu, bolehlah anda bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan itu. Biarkan selama 50 minit atau setelah Kek Marble tersebut masak.
(**)9. Sejukan apabila sudah masak, kemudian bolehlah dihidangkan sebagai minuman petang.
EmoticonEmoticon