Sunday, 7 August 2016

3 GAYA RAMBUT INI BUAT ANDA SENTIASA NAMPAK MUDA

Tags


(**)Anda pasti mahu mendengar rakan sekerja berkata “U nampak muda dengan rambut macam ni” ataupun “U sesuai dengan potongan rambut sebegini, nampak young and fresh“, iyekan???

(**)Ada satu potongan rambut yang mampu merealisasikan impian anda, tidak kisahlah dengan berambut pendek, separa ataupun panjang, ‘bangs hairstyle’ ini kiranya melengkapkan lagi penampilan seseorang.

(**)Usia boleh bertambah, tapi penampilan harus tetap tampil muda…

(**)#Short Hair plus Bangs

(**)Seringkali kita dengar, individu berwajah bulat tidak sesuai dengan rambut berpotongan pendek. Namun, anda boleh memanipulasikan bentuk wajah dengan gaya bangs dan bertekstur meruncing di bahagian hujung.

(**)Manakala anda yang mempunyai wajah panjang cuba aplikasikan bangs rata atau menutupi dahi seperti yang dilakukan Katy Perry, lakukan agar wajah kelihatan lebih muda dan segar.

(**)#Medium Hair plus Bangs

(**)Mungkin anda selesa dengan potongan rambut bob atau LOB (long bob). Namun cuba beri sedikit kesegaran pada stail rambut bob bersama bangs di bahagian depan. Sebagai contoh seperti Ciara dan Alexa Chung yang cukup stailo mengenakan gaya sebegini.

(**)#Long Hair plus Bangs

(**)Tak hanya mencipta aura wajah lebih muda, bangs pada rambut panjang boleh memberikan kesan lebih seksi. Cuba potongan bangs medium seperti Kate Middleton dengan belahan di tengah ataupun gaya Jennifer Garner.


EmoticonEmoticon