Saturday 16 July 2016

RESEPI SAMBAL AYAM CILI API DENGAN KENTANG

Tags


Bahan yang diperlukan adalah:

(**)8 hingga 10 ketul daging ayam
(**)1/2 cawan cili api tumbuk
(**)2 biji bawang besar dihiris
(**)2 biji kentang, setiap satu dibelah 4
(**)Sedikit garam dan perasa, boleh guna stok ikan  bilis kiub
(**)Sedikit serbuk kunyit
(**)Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

(**)Ayam dibersihkan,digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
(**)Kentang yang dipotong 4 digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan juga.
(**)Panaskan minyak, goreng kentang hingga empuk dan angkat.
(**)Minyak berbaki tadi, digoreng ayam pula.
(**)Keluarkan sedikit minyak dari kuali, goreng cili hingga masak.
(**)Tambah garam dan serbuk perasa.
(**)Tambah bawang besar, kacau rata. Selepas itu, masukkan ayam yang digoreng dan kacau sebati.
(**)Akhir sekali, letak kentang dan kacau rata sehingga sebati.
(**)Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidang.


EmoticonEmoticon