Saturday 16 July 2016

RESEPI MUDAH BUAT ANDA TERLIUR! PUDING BUIH BERKUAH SUSU KOKTAIL

Tags


Bahan Puding:

(**)1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
(**)1.75 liter air
(**)9 sudu besar gula
(**)1 helai daun pandan ~ disimpul
(**)6 biji telur gred A ~ asingkan putih dan kuningnya tetapi simpankan 1 biji kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
(**)1 tin fruit cocktail
(**)Pewarna merah atau apa sahaja warna kegemaran anda
(**)Esen Vanila ~ untuk hilangkan hanyir telu

Cara Membuat Puding:

(**)Masak agar-agar mentah bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan esen vanila mengikut cita rasa masing-masing. Kacau sebati.
(**)Bila agar-agar dah suam-suam panas, di dalam bekas lain, pukul telur hingga ringan dan gebu.
(**)Masukan putih telur sedikit demi sedikit sambil memukulnya. (Cuba terbalikkan mangkuk putih telur yang siap dipukul gebu, jika ianya kekal dan tidak meleleh bermakna anda berjaya).
(**)Tuangkan adunan puding ke dalam adunan telur dan kacau/pukul lagi dengan mixer hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan, biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dalam peti ais.

Bahan Kuah Susu Koktail:

(**)1 tin susu cair
(**)2 tin air (guna tin susu cair)
(**)7 sudu besar gula ~ ikut cita rasa, kalau suka manis boleh tambah sendiri
(**)2 sudu besar tepung kastard
(**)1 biji kuning telur yang diambil dari 6 biji telur td
(**)2 helai daun pandan ~ disimpulkan
(**)1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat Kuah Susu Koktail:

(**)Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
(**)Apabila telah mendidih, tutup api dan biarkan ia sejuk.
(**)Setelah sejuk, masukkan pula ia di dalam peti ais.
(**)Sebelum mula menghidang, letakkan puding di dalam mangkuk pilihan dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk tahu?
(**)Selamat mencuba! Jangan lupa kongsikan resepi manisan puding buih berkuah susu koktail ini bersama rakan-rakan anda.


EmoticonEmoticon