Thursday 14 July 2016

Resepi Ayam Masak Asam Pedas

Tags


Bahan-Bahan: ( 1 ekor ayam )

(**)1 ekor ayam (dipotong)
(**)35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
(**)7 ulas bawang merah
(**)5 ulas bawang putih
(**)1 inci kunyit
(**)1 inci halia
(**)Sebesar saiz ibu jari belacan
(**)1 batang serai (dititik)
(**)50gm daun kesum
(**)Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
(**)Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
(**)3 cawan air
(**)Garam secukup rasa
(**)Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

(**)1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit,halia, dan belacan. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.

(**)2. Masukkan ayam, bunga kantan dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.

(**)3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam. Gaul sebati dan tambahkan air.

(**)4. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.


EmoticonEmoticon