Wednesday, 20 July 2016

Rawatan Wajah Pelik Di Dunia

Tags


(**)Rutin cantik hari ini terlalu banyak, malah rejimnya semakin lama, semakin pelik. Boleh kata banyak perkara yang tidak disangka tetapi dipercayai ada baiknya. Namun ada diantaranya mungkin menggelikan.

(**)Senarai rawatan wajah yang pelik di dunia.

(**)Rawatan Menggunakan Api
(**)Cara ini cukup terkenal di China. Rawatan wajah ini termasuklah yang mana pakar dalam bidang kecantikan dan semula jadi meletakkan sehelai tuala yang direndam dengan alkohol ke atas kulit wajah anda, menyalakan api ke atasnya dan tarik tuala tersebut sebelum kulit wajah terbakar. Rawatan tersebut dikatakan mampu melawan kesejukan, masalah penurunan berat badan dan memulih kulit wajah yang kelihatan kusam dan penat.  Itu pun kalau anda bernasib baik tidak hangus terbakar.

(**)Rawatan Menggunakan Najis Burung
(**)Rawatan wajah menggunakan najis burung Nightingale sebenarnya agak popular dan merupakan rawatan mewah dari Japanese Geishas. Mereka menggunakan najis burung yang ditukar dalam bentuk serbuk untuk membuang solekan tebal pada wajah dan sekaligus dipercayai mampu memberikan pipi yang bersih berkilau. Kini, sesetengah salon di Jepun menawarkan rawatan sebegini, tetapi najis tersebut telah pun dibersihkan dengan sinaran UV sebelum disapukan pada kulit wajah.

(**)Rawatan Menggunakan Sperma Lelaki
(**)Rasanya rawatan wajah ini cukup menggelikan tetapi ada yang sanggup mengeluarkan wang untuk menjadikannya sebagai rawatan kulit wajah. Namun sebenarnya, spermin iaitu salah satu kandungan dalam air mani baik sebagai anti-penuaan.

(**)Vampire Facelift
(**)Rawatan ini boleh kata seakan filem Twilight. Pakar akan mengeluarkan darah dari tubuh anda dan setelah itu darah tersebut akan disuntik semula keatas wajah untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin yang mana membuatkan aura muda dan keremajaan itu sentiasa ada.

(**)Rawatan Menggunakan Kaviar
(**)Beberapa buah spa di negara luar mempercayai yang telur ikan mampu mengambil alih kehebatan botoks kerana keberkesanannya. Mereka mempercayai yang kaviar yang sejuk beku mampu memulih kerosakan kulit akibat sinaran UV dan mengurangkan masalah kedutan. Kaviar kaya dengan Vitamin A, B dan D.

(**)Rawatan Menggunakan Siput
(**)Rawatan ini menggunakan teknik yang mana meletakkan beberapa ekor siput ke atas kulit wajah dan membiarkan ia bebas bergerak bersama lendirannya. Rawatan ini diasaskan di Jepun. Mereka mempercayai yang mana mukus mollucs’ yang terhasil daripada siput mengandungi anti-oksidan yang melambatkan proses penuaan dan kaya dengan protein serta membuang kulit mati. Siput tersebut dikatakan dijaga dengan rapi serta hanya diberikan sayur-sayuran serta lobak merah dan di simpan di dalam bilik bersuhu 20 darjah selsius.


EmoticonEmoticon