(**)Jerawat akan muncul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda yang memiliki kulit berminyak ini berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada, jerawat dan kulit berminyak boleh di atasi. Kaji apakah tabiat buruk yang selalu anda lakukan sama ada sedar atau tidak :
(**)1. Membersihkan Muka Terlalu Kerap
(**)Ramai yang mengamalkannya dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara ini salah kerana ia akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Cuci muka dua kali sehari sudah mencukupi iaitu pagi dan sebelum tidur.
(**)2. Menyental Kulit Dengan Lulur Terlalu Kerap
(**)Menggunakan lulur yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk oleh sebab keradangan kulit. Sebetulnya ialah lulur dilakukan satu hingga tiga kali seminggu, menggunakan lulur yang halus teksturnya, diurut lembut ke muka dan bilas dengan air suam.
(**)3. Tidak Membersihkan Peluh
(**)Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan terus mandi, jangan lengah.
(**)4. Picit Jerawat
(**)Ini adalah normal ketika jerawat mula tumbuh di wajah, tangan merayap hendak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Seeloknya guna krim jerawat, untuk mengeringkan jerawat.
(**)5. Syampu Rambut Terkena Wajah
(**)Bersyampu tidak salah, tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berminyak dan berjerawat. Ini adalah kerana syampu mengandungi bahan pelembap/minyak untuk melembutkan rambut. Jadi pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.
(**)6. Produk Rambut Hanya Untuk Rambut!
(**)Penyembur rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori anda tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut.
(**)7. Makan Makanan Berminyak
(**)Salah satu penyumbang utama kulit berminyak dan berjerawat, sebaiknya amalkan diet yang sihat dan kurangkan makanan berminyak.
(**)8. Penggunaan Kosmetik Yang Mengandungi Minyak
(**)Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Apabila ingin membeli alat solek, pastikan anda beli berlabel non-acnegenic atau non-comedogenic, hypo allergic atau oil free untuk mengelakkan jerawat.
EmoticonEmoticon