Friday 15 July 2016

Jangan Sikat Rambut! Cara Jaga Rambut Keriting

Tags


(**)Saya mempunyai rambut keriting. Sangat keriting. Apa yang selalu orang tanyakan bila pertama kali berjumpa dengan saya ialah, “Your hair is natural or you perm?” Itu soalan yang sudah biasa diajukan.

(**)Pastinya rambut saya keriting secara semula jadi. Saya sendiri pun tidak tahu rambut saya boleh sekeriting ini bila panjang. Dan saya akui sewaktu remaja dulu saya benci dengan tekstur rambut saya (kering dan tidak lurus).

(**)Pabila meningkat usia saya mula embrace apa yang dianugerahkan ini. Sejujurnya saya tidak pernah fikir rambut saya cantik, tapi bila orang memuji saya berterima kasih. Kalau orang kata cantik, cantiklah agaknya.

(**)Dan yang selalu orang tanyakan pada saya juga ialah bagaimana saya menjaga rambut agar keritingnya tampak kemas, tidak frizzy atau tidak menggerbang? Jadi kali ini saya kongsikan apa yang saya amalkan dalam menjaga rambut keriting saya ini. Lain orang mungkin lain caranya.

(**)KURANG BERSYAMPU
(**)Saya jarang mencuci rambut. Maksimum tiga kali seminggu. Rambut keriting biasanya kering, jadi tidak elok dicuci selalu kerana makin kerap dicuci makin kering jadinya. Dan mungkin juga kerana saya tidak mempunyai masalah kulit kepala berminyak jadi bila jarang dicuci sekalipun tidak menimbulkan banyak masalah.

(**)SIKAT SEBELUM BERSYAMPU
(**)Selalunya bila mahu bersyampu, saya akan pastikan saya sikat terlebih dahulu rambut saya. Dengan cara ini masalah rambut bersimpul atau kusut (khususnya pada bahagian hujung rambut) dapat diminimumkan. Rambut keriting bila sudah basah lagi susah nak dileraikan.

(**)PERAPI, PERAPI & PERAPI
(**)Kalau tidak bersyampu sekalipun, tiap kali mandi saya akan menyapu perapi (conditioner) pada rambut. Bagi saya sesiapa yang berambut keriting wajib jadikan perapi sebagai teman baik di kamar mandi. Selain melembap rambut perapi juga buat tekstur dan bentuk keriting rambut lebih cantik dan kemas. Leraikan rambut yang sudah disapu perapi dengan jari.

(**)PUPUR RAMBUT
(**)Selaian perapi, pupur rambut (hair mask) juga penting dalam memberi rawatan intensif pada rambut., Seperti saya kata tadi, rambut keriting biasanya kering, jadi ia perlu dilembapkan dengan sempurna. Rambut keriting yang lembap menjamin bentuk keriting yang lebih cantik, tidak frizzy.

(**)JANGAN SIKAT
(**)Jangan sesekali sikat rambut yang sudah kering. Ia akan buat rambut nampak frizzy. Usik dengan jari pun kalau boleh dielakkan. Apa yang selalu saya buat bila mahu mencipta volum pada rambut ialah saya leraikan rambut kepada beberapa bahagian (mungkin dalam enam bahagian) untuk mencipta volum.


EmoticonEmoticon