Sunday, 17 July 2016

Doa Orang Yang Teraniaya Atau Dizalimi. [MESTI TAHU]

Tags

Salah Satu Antara Do’a yang Tiada Hijab dari Nya. Betapa hebatnya doa orang yang teraniaya itu, kenapa? Doa Orang Yang Teraniaya Atau Dizalimi. Di antara dirinya dengan Tuhan tidak ada hijab. Segala apa yang diucap dan diluahkannya, didengari oleh Allah S.W.T.



Doa Orang Yang Teraniaya Atau Dizalimi.

##@Peringatan buat kita semua, agar jangan sesekali menganiaya orang lain, baik dalam apa jua bentuk sekalipun. Sama ada dari segi perbuatan, perkataan, tulisan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat dan sistem perhubungan yang serba canggih ini. Penganiayaan boleh berlaku di dunia maya atau siber tanpa kita sedar atau sengajakan. Tunaikah dan berikanlah hak kepada orang lain sebagaimana yang sepatutnya. Yang penting dan mesti kita ingati ialah doa orang teraniaya itu begitu makbul sekali. Dan mereka ini akan dibela oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Lagi Maha Mendengar.

Doa Orang Yang Teraniaya Atau Dizalimi.
 
[1]Rasulullah S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat di atas awan dan Allah berfirman: “Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut.
 
[2]Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah S.A.W pun memberikan satu pesanan kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram alias tidak halal.
 
[3]Memang ada satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul. DOA ialah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah.

[4]Hati-hati dalam menjalani kehidupan kita jangan sampai ada mereka yang kita aniaya sama ada secara sedar atau sebaliknya. Oleh itu, paling mudah hidup ini berbicaralah perkara yang baik atau berdiam diri dalam ertikata bercakap perkara yang perlu shj lebih memudahkan untuk kita menjalani kehidupan kita ini.


EmoticonEmoticon