Sunday 17 July 2016

BAGAIMANA NAK DIET PADA HARI RAYA? INI FAKTA TENTANG KALORI & PANDUAN PENGAMBILANNYA

Tags


(**)Nak dijadikan cerita, ada juga orang yang menganggap bahawa sambutan Hari Raya adalah hari untuk membalas dendam. “You can eat whatever you want,” katanya… Namun, jelaskah anda sesungguhnya lelaki dan wanita mempunyai kadar pengambilan kalori yang berlainan?

(**)Kalori sebenarnya adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga badan. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, ia akan bertukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan dan inilah penyebab utama berat badan anda bertambah dan ketahuilah, ianya bahaya untuk kesihatan dan bisa mengundang pelbagai penyakit kronik. AWAS!

(**)NOTA: Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.

(**)Lazimnya, orang akan bertanya,

(**)Berapa banyak kalori yang diperlukan bagi setiap lelaki dan wanita dewasa dalam satu hari?

(**)Menurut kajian pakar diet, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1500 hingga 2000 kalori sehari.

(**)Anda boleh jadikan rajah ini sebagai panduan pengambilan makanan harian mengikut kalori.
(**)Anda boleh jadikan rajah ini sebagai panduan pengambilan makanan harian mengikut kalori bagi lelaki dan wanita.
(**)Oleh itu, ini Wanista senaraikan 50 jenis makanan dan minuman popular semasa Aidilfitri berserta jumlah kalorinya supaya anda tahu mengawal pengambilannya.

(**)#1 Ketupat

(**)Saiz Hidangan: 1 Biji (80g) = 88 kalori

(**)#2 Ketupat Palas

(**)Saiz Hidangan: 1 Biji (80g) = 124 kalori

(**)#3 Lemang

(**)Saiz Hidangan: 1 Potong sedehana besar = 82 kalori

(**)#4 Lontong Bersayur

(**)Saiz Hidangan: 1 Mangkuk = 350 kalori

(**)#5 Soto Ayam

(**)Saiz Hidangan: 1 Mangkuk = 403 kalori

(**)#6 Laksa

(**)Saiz Hidangan: 1 Mangkuk = 550 kalori

(**)#7 Serunding Daging

(**)Saiz Hidangan: 1 genggam kecil (55g) = 200 kalori

(**)#8 Serunding Ayam

(**)Saiz Hidangan: 1 genggam kecil (55g) = 180 kalori

(**)#9 Rendang Ayam

(**)Saiz Hidangan: 1 ketul ayam bersama kuahnya = 148 kalori

(**)#10 Rendang Daging

(**)Saiz Hidangan: 2 potong daging serdahana besar berserta sedikit kuah = 112 kalori

(**)#11 Nasi Briyani

(**)Saiz Hidangan: 1 pinggan (2 genggam) = 487 kalori

(**)#12 Nasi Himpit

(**)Saiz Hidangan: 5 potong = 150 kalori

(**)#13 Bihun Goreng

(**)Saiz Hidangan: 1 pinggan kecil = 295 kalori

(**)#14 Teh Tarik

(**)Saiz Hidangan: 1 gelas = 90 kalori

(**)#15 Nescafe Tarik

(**)Saiz Hidangan: 1 gelas = 100 kalori

(**)#16 Kopi O Kosong

(**)Saiz Hidangan: 1 gelas = 2 kalori

(**)#17 Air Bergas / Soda

(**)Saiz Hidangan: 1 gelas = 85 kalori

(**)#18 Air Kosong

(**)Saiz Hidangan: 11 gelas = 0 kalori

(**)#19 Air Sirap

(**)Saiz Hidangan: 1 gelas = 85 kalori

(**)#20 Kuih Tart Nanas

(**)Saiz Hidangan: 1 biji tart nanas kecil = 50 kalori

(**)#21 Biskut Raya (lain-lain secara am)

(**)Saiz Hidangan: 1 biji biskut raya secara am = 50 kalori

(**)#22 Dodol

(**)Saiz Hidangan: 1 biji dodol bungkus kecil = 71 kalori

(**)#23 Kuih Lapis

(**)Saiz Hidangan: 1 potong = 132 kalori

(**)#24 Tapai Pulut

(**)Saiz Hidangan: 1 biji = 134 kalori

(**)#25 Ais Krim

(**)Saiz Hidangan: 1 skop biasa = 95 kalori

(**)#26 Kurma

(**)Saiz Hidangan: 1 biji besar = 60 kalori

(**)#27 Kek Keju

(**)Saiz Hidangan: 1 potong serdehana = 240 kalori

(**)#28 Kek Coklat Penuh

(**)Saiz Hidangan: 1 potong serdehana = 250 kalori

(**)#29 Nasi Putih

(**)Saiz Hidangan: 1 genggam tangan = 150 kalori

(**)#30 Kek Lapis Sarawak

(**)Saiz Hidangan: 1 potong (40g) = 160 kalori

(**)#31 Wajik

(**)Saiz Hidangan: 1 potong (40g) = 120 kalori

(**)#32 Pulut Kuning

(**)Saiz Hidangan: 1 senduk (50g) = 130 kalori

(**)#33 Nasi Kerabu

(**)Saiz Hidangan: 1 pinggan lengkap bersama lauk sampingan (260g) = 310 kalori

(**)#34 Sate Ayam

(**)Saiz Hidangan: 5 cucuk (80g) = 200 kalori

(**)#35 Rendang Tok

(**)Saiz Hidangan: 1 ketul (30g) = 40 kalori

(**)#36 Kerepek Ubi Bercili

(**)Saiz Hidangan: 3 keping (10g) = 50 kalori

(**)#37 Kerepek Pisang

(**)Saiz Hidangan: 3 keping (10g) = 40 kalori

(**)#38 Bihun Sup

(**)Saiz Hidangan: 1 mangkuk = 150 kalori

(**)#39 Mi Rebus

(**)Saiz Hidangan: 1 mangkuk (320g) = 420 kalori

(**)#40 Mi Kari

(**)Saiz Hidangan: 1 mangkuk (410g) = 530 kalori

(**)# 41 Kuih Kapit

(**)Saiz Hidangan: 2 gulung = 40 kalori

(**)#41 Kuih Caras

(**)Saiz Hidangan: 1 keping = 50 kalori

(**)#43 Kuih Ros/Loyang

(**)Saiz Hidangan: 1 biji = 30 kalori

(**)#44 Kuih Siput/Gunting

(**)Saiz Hidangan: 1 sudu makan (10g) = 30 kalori

(**)#45 Muruku

(**)Saiz Hidangan: 1 keping (10g) = 50 kalori

(**)#46 Bahulu

(**)Saiz Hidangan: 1 biji (15g) = 60 kalori

(**)#47 Cornflakes Madu

(**)Saiz Hidangan: 1 biji (20g) = 80 kalori

(**)#48 Biskut Bersalut Coklat Seperti Almond London

(**)Saiz Hidangan: 1 biji (10g) = 50 kalori

(**)#49 Rempeyek

(**)Saiz Hidangan: 1 keping (20g) = 70 kalori

(**)#50 Kuah Kacang

(**)Saiz Hidangan: 1 senduk (50g) = 130 kalori



(**)Sedikit lagi tips untuk anda, raya disambut selama sebulan, jadi pasti banyak rumah terbuka yang akan diadakan pada hujung minggu. Okay, buat perjanjian dengan diri anda, hujung minggu sahaja anda boleh makan sepuaskan kala beraya ke rumah sanak-saudara serta rakan-taulan. Hari biasa, pastikan anda kawal pemakanan -mematuhi pengambilan kalori yang stabil.

(**)Jika telah mengambil secara berlebihan, pastikan anda mencari jalan untuk membakar kesemua kalori itu kembali. INGAT! Setiap 8000 kalori yang tidak dibakar akan meningkatkan berat badan anda sebanyak 1KG!

(**)Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang.  Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.

(**)Aerobik = 405 kalori
(**)Bermain bola keranjang (agresif)= 450 kalori
(**)Berjalan pantas= 300 kalori
(**)Berkebun= 320 kalori
(**)Mengemas rumah= 240 kalori
(**)Bermain golf (tanpa kedi) = 385 kalori
(**)Bermain Pingpong = 280 kalori
(**)Menonton televisyen = 40 kalori
(**)Selamat beramal!


EmoticonEmoticon