Wednesday, 20 July 2016

3 Penyebab Utama Rambut Berbau Busuk

Tags


(**)Rambut tetap melekat bau hapak, kepam atau masam walaupun dibasuh setiap hari?


(**)Masalah rambut berbau kerap dialami oleh ramai wanita, terutama mereka yang memakai tudung. Memandangkan rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita, jadi anda harus menjaga keindahan rambut agar sentiasa berbau wangi. Jangan biarkan orang-orang di sekeliling anda mencium bau masam, kepam atau hapak daripada rambut anda!

(**)Apa yang membuatkan rambut dan kulit kepala berbau? Masalah rambut berbau boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan masalah ini disebut sebagai ‘Smelly Hair Syndrome’(SHS) atau Sindrom Rambut Berbau.Kadang-kadang bau yang ditimbulkan memang kuat, sehingga  mereka yang berada di persekitaran boleh terbau.

(**)Bahkan, bau tersebut boleh berpindah ke tuala atau bantal yang digunakan. Rambut yang berminyak dikatakan lebih melekat bau yang terhasil daripda pencemaran persekitaran seperti bau asap, aroma masakan yang kuat dan sebagainya.


(**)Selain itu, pemilik rambut kasar juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah rambut berbau. Ini adalah kerana rambut kasar akan menyerap lebih banyak minyak. Manakala mereka yang berambut halus boleh mengalami masalah yang serupa jika mereka kerap menggunakan produk rambut, seperti serum, gel atau mousse.


(**)Antara Penyebab Rambut Berbau;

(**)1. Berpeluh

(**)Jika anda seorang yang kuat berpeluh, anda cenderung memiliki rambut berbau. Ini adalah kerana peluh yang berkumpul di kepala dan rambut anda, terutama jika anda suka mengikatnya akan menyebabkan ia tidak dapat bernafas dan membangkitkan bau yang tidak sedap.



(**)2. Rambut Basah

(**)Disebabkan terlewat bangun, tetapi anda sudah merancang untuk mencuci rambut. Anda tetap mencucinya dan terus mengikat rambut tersebut dalam keadaan basah tanpa mengeringkannya terlebih dahulu kerana anda sudah terlambat. Sama ada anda memakai tudung ataupun tidak, keadaan rambut yang tidak kering akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.


(**)3. Tidak Disyampu & Salah Syampu

(**)Ramai yang kurang menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan rambut.  Ketika rambut tidak diberishkan, kotoran dan peluh yang terkumpul akan menimbulkan bau yang tidak sedap. Sewaktu anda membersihkan kulit kepala dan rambut, pastikan ia dicuci dengan bersih. Jangan tinggalkan kesan-kesan syampu ataupun perapi kerana ia bukan sahaja menyebabkan bau, bahkan mengundang kedatangan kelemumur serta rambut gugur. Selain itu pastikan anda memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.


(**)Info Ekstra!

(**)Khasiat Lemon Untuk Rambut

(**)Lemon mempunyai banyak fungsi yang bermanfaat untuk mempertahankan kecantikan rambut. Keadaan cuaca yang panas dan kering sering membuatkan rambut dan kulit kepala berpeluh. Akibatnya rambut berbau tidak sedap.

(**)Lemon dapat membantu menyegarkannya kembali.  Anda boleh menggunakan tips merawat rambut dengan lemon ini. Rebus lemon dengan kulitnya sekali ke dalam air. Biarkan hingga hancur. Kemudian tambahkan 1 sudu besar air mawar. Masukkan ramuan ini ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Anda boleh menggunakannya sebagai hair spray semulajadi yang akan membuatkan rambut anda segar sepanjang hari.
(**)Cegah rambut rosak dan gugur dengan campuran lemon dan air kelapa. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan cara semulajadi ini boleh membantu mencegah rambut rosak yang semakin parah.
(**)Jika kulit kepala terasa gatal dan berkelemumur, cuba selesaikan masalah ini dengan menggunakan lemon dan garam. Ambil hirisan lemon atau pati perahannya dan letak sedikit garam. Usapkan pada kulit kepala sambil mengurutnya.


EmoticonEmoticon