Sunday 12 June 2016

Wanita Akan Lalui 4 'Memori' Ini Selepas Bersalin

Tags


(**)Apa agaknya yang berlaku selepas ibu selamat melahirkan anak? Itu Antara persoalan yang biasa membelenggu ibu hamil kali pertama. Jangan runsing dan takut apabila mendengar pengalaman daripada ibu-ibu hamil yang telah melahirkan.

(**)Ingat setiap ibu yang bersalin mengalami situasi yang berbeza. Artikel ini membantu ibu muda yang baru bersalin ini menghuraikan kekusutan bakal ibu dengan beberapa panduan berguna.


(**)1. Emosi ibu
(**)Ibu akan merasai kegembiraan sebaik menatap anak kesayangan yang selama sembilan bulan dinantikan. Dalam masa yang sama ibu keletihan. Justeru, dapatkan tidur yang lena untuk beberapa lama. Lagipun, ibu sudah bersengkang mata menahan kesakitan sebelum ini.

(**)2. Pendarahan
(**)Barangkali ibu hamil akan alami pendarahan yang banyak seperti hari pertama haid. Biasanya jururawat akan memakaikan ibu dengan tuala wanita khusus untuk wanita bersalin sebaik sahaja uri dikeluarkan. Semasa proses pengeluaran uri, doktor akan meletakkan tangan di atas perut ibu untuk memeriksa sama ada uri telah dikeluarkan sepenuhnya. Dengan demikian doktor akan mengetahui keadaan rahim yang mengecut dengan baik ataupun sebaliknya.

(**)3. Kesakitan
(**)Bahagian bawah tubuh ibu mungkin mengalami sedikit kesakitan. Walaupun perineum tidak dijahit, ibu masih boleh berasa sakit akibat lebam kerana meneran bagi mengeluarkan bayi. Jangan malu untuk meminta ubat tahan sakit seperti parasetamol jika memerlukannya. Kesakitan ini mengambil masa sehingga beberapa jam sebelum reda. Kesakitan yang dialami seakan kontraksi ringan atau senggugut haid.

(**)4. Payudara  
(**)Anda yang baru bergelar ibu akan memerlukan tunjuk ajar dan teknik yang betul menyusukan bayi. Minta bantuan jururawat. Jangan sesekali beranggapan susu akan keluar adalah dengan jumlah yang banyak.  Pada hari pertama hingga ketiga, tubuh menghasilkan kolostrum. Ia berupa susu yang pekat dan likat berwarna kekuningan. Susukan bayi dengan kolostrum kerana ini mengandungi antibodi pencegah penyakit.


EmoticonEmoticon