Monday, 20 June 2016

Step By Step Cara Hasilkan Pewangi Fabrik DIY, Ini Sangat Jimat!

Tags


(**)Bau busuk pada kusyen, langsir, karpet dan sofa memang agak merunsingkan. Namun jangan risau kerana anda sebenarnya boleh cuba menghasilkan pewangi fabrik sendiri. Lebih menjimatkan. Jom ikuti langkah step by step :

Bahan-Bahan

(**)Pelembut kain ( Boleh gunakan mana-mana jenama yang wangi)
(**)Soda bikarbonat
(**)Air bersih
(**)Botol Penyembur (Boleh gunakan yang terpakai atau dapatkan dikedai)


Langkah-Langkahnya:

(**)1.       Masukkan 1 sudu soda bikarbonat dalam segelas air
(**)2.       Seterusnya satu penutup pelembut kain.
(**)3.       Kemudian kacau sehingga campuran tersebut sebati
(**)4.       Akhir sekali, masukkan campuran yang telah siap ke dalam botol penyembur

(**)Siap untuk digunakan. Anda boleh semburkan pada semua fabrik di ruang tamu, bilik dan dapur.

(**)Mudah ~ Ringkas ~ Jimat


EmoticonEmoticon