Friday, 10 June 2016

Sila Elak 8 Makanan Tambah Lemak Kalau Nak Diet

Tags


(**)Memilih makanan adalah salah satu syarat utama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau sekadar mengekalkan berat badan ideal. Dalam menjaga berat ideal, anda sebaiknya mengelakkan jenis-jenis makanan yang menjejaskan gula dalam darah kerana ia hanya akan menimbulkan rasa lapar.

(**)Inilah 8 jenis makanan paling ‘popular’ yang boleh membuatkan lemak ‘menimbun’ di dalam tubuh anda.

(**)1. Roti Putih
(**)Ini adalah jenis makanan yang kandungan seratnya sangat minimum sehingga tidak akan membuatkan anda kenyang lebih lama. Yang berlaku selepas anda memakan roti ini adalah gula dalam darah melonjak dengan cepat, dan anda akan merasa lapar lagi. Roti putih banyak dijumpai dalam produk makanan seperti burger atau sandwic. Selain tidak mengandungi banyak nutrisi, roti putih sering digabungkan dengan gula atau pemanis sehingga boleh mencetuskan kenaikan berat badan dengan cepat. Pilihlah roti gandum penuh dan elakkan makan roti putih.

(**)2. Bijirin
(**)Makanan ini banyak dipilih sebagai menu sarapan. Malangnya, kebanyakan produk bijirin di pasaran mengandungi gula yang sangat tinggi, tetapi rendah nutrisi. Kesannya, berlakulah pengumpulan lemak dalam tubuh. Yang kerap berlaku, selepas makan bijirin, perut tidak berasa kenyang kerana bijirin tidak mengandungi serat. Kalau pun tetap memilih bijirin sebagai menu santapan, maka pilihlah yang benar-benar 100 peratus diperbuat daripada gandum. Selain itu, anda boleh memakan oat dan menambah buah-buahan sebagai sebahagian daripada sarapan.

(**)3. Makanan Versi Diet
(**)Banyak produk kini diberi label rendah lemak, rendah gula, atau khusus diet. Namun, hal yang perlu diingat adalah makanan ini mengandungi bahan kimia tambahan seperti pewarna, penambah rasa, atau gula buatan yang tentu mempunyai risiko untuk kesihatan. Hal lain yang perlu diingat adalah makanan ini berisiko membuat gula dalam darah menjunam sehingga anda cepat berasa lapar. Lebih bijaksana apabila anda memilih buah-buahan semula jadi atau sayur-sayuran dan bukannya mengambil jenis makanan ini.

(**)4. Ayam Goreng
(**)Ini adalah menu kegemaran ramai orang. Akan tetapi, tidak ramai yang sedar bahawa ayam goreng mengandungi lemak yang sangat tinggi kerana cara masakannya menggunakan minyak dengan suhu tinggi. Pilihlah ayam yang dipanggang dengan bahagian daging tanpa lemak.

(**)5. Kopi Dengan Krimer & Pemanis
(**)Kandungan kalori dari secangkir kopi segera dan krimer boleh mencapai 800 kalori atau hampir separuh daripada keperluan harian anda. Kopi atau jenis minuman ringan memang salah satu sumber kalori tersembunyi. Ramai yang tidak menyedari kebiasaan minum kopi dengan gula dan krimer membuatkan tubuh menyerap kalori berlebihan. Bagi penggemar kopi, anda disyorkan untuk membancuh sendiri kopi dengan mencampurkan gula dan krimer secara bijak.

(**)6. Gula-gula
(**)Ini adalah pilihan paling buruk bagi mereka yang sedang menguruskan badan. Sebahagian besar gula-gula hanya mengandungi pemanis dan bahan-bahan kimia tambahan seperti pewarna atau bahan pengawet. Selain boleh membuatkan ketagihan, gula-gula tidak mengandungi sebarang nutrisi selain membuatkan tubuh terus menimbuni lemak.

(**)7. Kentang Goreng
(**)Kentang sebenarnya jenis bahan makanan dengan kalori rendah. Namun, apabila sudah diproses dengan menggoreng dengan suhu tinggi, nilai kalorinya melonjak. Makanan ini juga kerap dimakan dengan menu berkalori tinggi lain di restoran makanan segera, seperti ayam goreng atau burger. Jika makan di restoran makanan segera cubalah untuk tidak memesan kentang goreng.

(**)8. Pastri, Donat & Makanan Ringan
(**)Makanan ini tidak boleh membuat perut kenyang lebih lama kerana rendah serat. Selain banyak mengandungi gula atau menggunakan pemanis jenis high fructose corn syrup, makanan jenis ini kerap dibuat dengan gandum atau jagung yang telah diproses. Semua bahan makanan ini boleh membuatkan gula dalam tubuh melonjak dengan cepat dan mempercepatkan timbunan lemak.


EmoticonEmoticon