Friday 24 June 2016

Resepi Udang Butter Sedap Meleleh

Tags


Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:

(**)15-20 ekor udang

(**)1 sudu kecil gula

(**)1 sudu kecil garam

(**)1/2 sudu kecil lada hitam

(**)1 sudu kecil minyak bijan



Bahan B:

(**)3 sudu kecil tepung jagung


Bahan C:

(**)1 sudu besar butter atau marjerin

(**)3 helai daun kari

(**)1 batang daun sup

(**)1 batang cili hijau (dipotong)

(**)½ cawan susu cair

(**)3 biji telur (asingkan putih dan kuning)


Cara-caranya Memasak Udang Butter:

(**)1. Bersihkan udang, buangkan kaki dan toskan. Perap udang bersama dengan bahan A selama 5 minit.

(**)2. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperapkan tadi. Gaul rata. Goreng  udang tadi bersama dengan minyak yang banyak, angkat dan toskan minyak.

(**)3. Panaskan kuali, masukkan butter, daun kari, daun sup, cili hijau, susu cair dan telur putih.

(**)4. Akhir sekali, tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali itu tekstur yang halus. Kacau kuning telur itu laju-laju untuk mendapatkan tekstur yang cantik. Gaul rata bersama udang dan terus hidangkan semasa panas.


EmoticonEmoticon