Friday 24 June 2016

Resepi Salmon Grill Sos Lemon Mentega

Tags


Bahan-bahan:

(**)4 keping ikan salmon
(**)2 brokoli
(**)4 biji ubi kentang jenis russet

Bahan-bahan sos:

(**)80 gram butter
(**)1 sudu kecil minyak zaiton
(**)1 cawan susu full cream
(**)2 sudu besar jus lemon
(**)6 helai daun pasley
(**)Serbuk lada hitam secukupnya
(**)Garam secukup rasa

Cara Memasak:

(**)Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan black pepper dan sedikit garam. Perap ikan itu selama 1 jam. Kemudian panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan grill ikan salmon sehingga masak. Apabila ikan dah masak, boleh di grill pula ubi kentang sehingga lembut serta masak.
(**)Potong semua sayur brokoli dan kukus sayur brokoli. Sayur brokoli itu di kukus sekejap sahaja kerana jika sayur itu overcook, ia akan terlalu lembik. Bersihkan ubi kentang russet dan rebus sehingga empuk. Kemudian tos dan ketepikan dahulu.
(**)Panaskan semua butter dengan minyak zaitun dan biarkan sehingga butter cair. Kemudian terus masukkan susu, serbuk lada hitam, daun herba pasley yang diracik halus dan kacau kuah sehingga hampir mendidih.
(**)Bila kuah hampir mendidih masukkan garam dan jus lemon secukupnya. Jika anda seorang yang sukakan masam, anda boleh menambah lagi jus lemon. Seterusnya biarkan kuah mendidih. Tutupkan api dan anda boleh hidangkan terus kerana menu ni lebih sedap jika di makan sewaktu masih panas.


EmoticonEmoticon