Friday 24 June 2016

Resepi Popia Basah

Tags


Bahan-bahan

(**)1 kg tepung gandum
(**)1 biji telur (telur putih sahaja)
(**)5-7 sudu makan minyak masak
(**)5 camca teh garam atau secukupnya
(**)4 1/2 cawan air

Cara Membuat Kulit Popia Basah:

(**)Masukkan air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan kacau sehingga sebati.
(**)Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaulkan. Pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam.
(**)Tutup adunan dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.
(**)Pastikan anda menggunakan kuali leper dan tiada kesan minyak. Panaskan kuali dengan api sederhana kecil, sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper.
(**)Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat.


Sos Popia Basah

Bahan-bahan

(**)1 biji bawang besar dikisar
(**)3 ulas bawang putih dikisar
(**)4 sudu makan udang geragau (dikisar kering)
(**)3 senduk masak cili kisar (tambahkan jika anda mahu ia lebih pedas)
(**)1 sudu sos tiram
(**)1 sudu kicap cair
(**)3 sudu gula merah
(**)Garam secukupnya
(**)Gula secukupnya
(**)Secubit asam jawa
(**)1 1/2 mangkuk air
(**)Tepung jagung (dibancuh dengan air)


Cara membuat:

(**)Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga garing.
(**)Kemudian masukkan udang kering/geragau (tumis juga).
(**)Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian tambahkan sos tiram, kicap cair dan gula merah. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau dan biarkan mendidih.
(**)Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki masukkan tepung jagung dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda kehendaki.


Take Note!

(**)Rasa yang sesuai untuk sos popia adalah manis, sedikit masam, sedikit pedas dan yang terpenting adalah rasa udang geragau.

Inti Popia Basah

Bahan-bahan

(**)1 biji  bawang besar
(**)3 ulas bawang putih
(**)1/4 inci halia
(**)3 sudu makan udang geragau (kisar)
(**)1 batang lobak merah
(**)200 gram taugeh
(**)1 biji sengkuang cina
(**)Minyak masak secukupnya
(**)Garam dan gula secukupnya


Cara membuat

(**)Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau, masukkan udang geragau kisar dan tumis hingga sedikit garing.
(**)Tambahkan lobak merah dan sengkuang cina. Biarkan sehingga sedikit lembut, masukkan taugeh, garam dan gula.
(**)Kacau dan biarkan sehingga cukup masak.


Menyediakan Popia Basah:

Bahan-bahan

(**)Kulit popia
(**)Inti popia
(**)Sos popia
(**)Kobis (dimayang halus)
(**)Kacang tanah goreng (tumbuk/kisar)
(**)Bawang goreng (dikisar)
(**)Daun bawang (dipotong halus)

Cara Membuat

(**)Sapu rata sos popia pada kulit, taburkan sedikit kobis, kacang tanah goreng dan bawang goreng. Letakkan inti popia kemudian gulungkannya.
(**)Untuk menambah rasa yang lebih hebat, sapukan sos keatas popia basah yang siap digulung dan taburkannya sedikit kacang tanah goreng dan bawang goreng.


EmoticonEmoticon