Friday 24 June 2016

Resepi Buah Melaka

Tags


Bahan-Bahan

(**)Sebungkus Tepung Pulut

(**)Secawan Tepung Gandum

(**)5 Helai Daun Pandan

(**)½ Sudu Teh Pewarna Hijau

(**)1 Sudu Garam

(**)Gula Melaka Secukupnya – potong dadu

(**)Sebiji Kelapa Muda (diparut – ambil bahagian putih sahaja)

(**)Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut

(**)Air Secukupnya

(**)Sedikit Kapur


Cara-Cara Membuat

(**)Campurkan ke semua tepung dengan air daun pandan,garam dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat melekat di tangan.
(**)Gentelkan adunan sebesar biji guli atau ibu jari dan leperkan.
(**)Kemudian isikan gula Melaka yang telah dipotong dadu ditengah­tengahnya.
(**)Tutup adunan kemas-kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
(**)Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan agar berbau wangi.
(**)Setelah itu masukkan bebola adunan kuih buah Melaka tadi ke dalam air yang mendidih.
(**)Bebola kuih buah Melaka itu akan timbul apabila sudah masak.
(**)Ceduk, angkat dan toskan dan terus masukkan pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
(**)Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut.
(**)Sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon