Sunday 26 June 2016

Resepi Bebola Daging Malaysia

Tags


Bahan-Bahan:

Bahan Bebola –

(**)500 gm daging
(**)100 g bawang merah
(**)5 g serbuk lada putih
(**)10 g serbuk lada hitam
(**)20 g daun bawang
(**)500 g serbuk roti
(**)200 g tepung gandum
(**)5 butir telur

Bahan Sos –

(**)20 gm bawang merah
(**)80 g bawang putih
(**)20 g kunyit hidup
(**)10 g lengkuas
(**)100 g cili kering
(**)80 g kerisik
(**)2 sudu besar minyak
(**)½ cawan santan pekat
(**)1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak)
(**)1 sudu kecil air asam jawa

Cara Membuat :

(**)1. Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan.

(**)2. Jemput sedikit sebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti.

(**)3. Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya.

(**)4. Cara membuat sos pula, kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya. Masukkan santandan cili masak, kacau hingga mesra. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.


EmoticonEmoticon