Tuesday 14 June 2016

Petanda Ini Bantu Mama & Papa Boleh Tahu Jantina Bayi

Tags


(**)Saiz perut ibu yang semakin membesar, sering kali menjadi persoalan mata yang memandang. Jadi tertanya-tanya bilakah tarikh jangkaan bersalin mahupun jantina bayi yang dikandung.

(**)Bagi yang berkemampuan, pemeriksaan Ultrasonografi (USG) boleh dilakukan. Yang kurang mampu, bidan kampunglah jadi perantaraan.


(**)Cara tradisional ini selalu digunakan oleh masyarakat dahulu yang belum terdedah pemeriksaan USG. Jantina bayi boleh diketahui berdasarkan tanda-tanda yang dilihat pada keadaan ibu hamil.

(**)Ok, cuba tengok macam mana masyarakat dahulu menduga jantina bayi...


(**)Mitos Tanda Hamil Bayi Lelaki

(**)1. Posisi perut si ibu
(**)Kandungan terlihat berada di bahagian bawah perut dan perut memboyot ke hadapan serta kelihatan tajam.


(**)2. Timbulnya jerawat di wajah
(**)Ia diakibatkan keluarnya hormon selama kehamilan. Sepanjang masa kehamilan ibu hamil sering berjerawat.


(**)3. Warna urin terlihat lebih gelap
(**)Urin berwarna lebih kuning sering kali dikaitkan dengan petanda hamil anak lelaki. Namun begitu, warna urin gelap turut dipengaruhi oleh tingkat hidrasi ibu mengandung. Jika ibu kurang minum air, urin akan menjadi lebih gelap. Begitu pula sebaliknya.


(**)4. Ukuran payudara
(**)Semakin hari membesar. Ibu dapat melihat ukuran payudara sebelah kanan lebih besar berbanding sebelah kiri.


(**)5. Suhu tapak kaki lebih dingin/sejuk dari biasa
(**)Tubuh badan wanita hamil berubah lebih hangat/panas ketika hamil. Tetapi suhu tapak kaki menjadi lebih dingin jika mengandung anak lelaki.


(**)6. Kira denyutan  nadi per minit
(**)Jika denyutan jantung anda kurang 140 berdegup per minit, maka kemungkinan bayi lelaki.


(**)7. Periksa telapak tangan
(**)Jika sering kering atau mengalami pecah-pecah


(**)8. Mengidam masin
(**)Ibu hamil mengidam makanan rasa masin seperti keju dan daging.


(**)9. Posisi tidur
(**)Tanpa disedari ibu hamil lebih cenderung menghadap ke kiri.


(**)10. Sakit kepala
(**)Ibu hamil lebih mudah diserang sakit kepala.


(**)11. Seri wajah
(**)Lebih berseri-seri ketika hamil.


(**)Mitos Tanda Hamil Bayi Perempuan

(**)Bagi orang dulu-dulu yang dikatakan mengandung anak perempuan, mereka akan berhadapan dengan situasi yang dinyatakan di bawah:

(**)1. Mood ibu
(**)Bakal ibu lebih mudah beremosi.

(**)2. Rambut
(**)Rambut ibu hamil semakin menipis dan berwarna agak keperangan serta tidak bermaya semasa hamil.

(**)3. Bentuk perut
(**)Perut ibu hamil bulat dan tinggi.

(**)4. Mengidam
(**)Ibu hamil mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.

(**)5. Bentuk payudara
(**)Payudara sebelah kiri terlihat lebih besar sebelah kiri.

(**)6. Morning sickness
(**)Ibu hamil mengandung anak perempuan akan mengalami mabuk hamil pada awal kehamilan.  


(**)Ini gambaran orang dahulu menentukan jantina kehamilan. Tapi dengan adanya teknologi pemeriksaan USG ibu hamil boleh melakukan pemeriksaan pada usia kandungan 5 ke 7 minggu untuk menentukan tahap kesihatan bayi.


(**)Ya, penentuan jantina bayi akan dilakukan pada usia kandungan antara 18 ke 22 minggu iaitu pembentukan alat kelamin bayi sudah matang. Macam mana Mama, boleh tak agak bayi yang dikandung sekarang?


EmoticonEmoticon