Wednesday, 22 June 2016

Peraturan Mudah Menggayakan Pakaian Putih

Tags


(**)Dalam soal bergaya seharusnya kita tidak meletakkan sebarang batas. Namun garis panduan tetap perlu ada agar kita tidak salah gaya. Menggayakan helaian putih juga ada boleh dan tidaknya. Ketahui jenis peraturannya semasa bergaya dengan rona polos ini.

(**)Variasi Tekstur dan Fabrik
(**)Pabila menggayakan padanan serba putih, agak sukar untuk mencipta kontras dan dimensi pada penampilan keseluruhan. Maka, jalan penyelesaiannya adalah dengan mempelbagaikan pilihan tekstur dan fabrik padanan anda. Misalnya, blaus atau baju sifon tampak hebat pabila digandingkan dengan celana atau skirt fabrik denim atau yang berkilat seperti PVC atau denim.

(**)Potongan Unik
(**)Untuk gaya yang lebih menyerlah, potongan pakaian perlu unik dan menarik. Misalnya, untuk gaya siang, gayakan yang berpotongan lembut, seperti gaun volum fabrik keras. Untuk acara malam atau majlis istimewa, gayakan yang mempunyai potongan sharp atau sedikit edgy. Rekaan dengan perincian yang sarat juga boleh dipertimbangkan.

(**)Pilihan Aksesori
(**)Pabila memadankan helaian serba putih, mainan aksesori amat penting dalam langkah menjadikan penampilan keseluruhan lebih dinamik. Beg kepit putih, tali pinggang dengan gancu metalik, subang atau rantai berurat-urat mampu menyerlahkan penampilan. Namun jika anda memadankan gaun sifon elakkan menggayakan aksesori bertatah berlian, kelak penampilan anda mungkin kelihatan seperti pengantin.

(**)Serlahkan Solekan
(**)Untungnya memakai putih, anda boleh menentukan penampilan keseluruhan menerusi jenis solekan yang anda gayakan. Jika anda mahu tampilkan penampilan segar, usah kenakan solekan terlalu tebal, cukup sekadar olesan bedak asas ringan, layangan pipi merah dan menyapu maskara serta gincu rona semula jadi (seakan-akan solekan musim panas). Manakala, jika anda mahu tampilkan penampilan yang glamor, solekan mata berkabut dengan efek metalik, atau gincu berona terang boleh dipertimbangkan. Penampilan serba putih akan menyerlahkan solekan anda. Cubalah!

(**)Prihatin Pada Perincian
(**)Pabila kita menggayakan pakaian serba putih, penampilan kita punya potensi untuk tampak bosan. Jadi, usah ketepikan soal perincian pada pakaian, pemilihan aksesori seperti sepatu atau beg tangan atau barang kemas. Keprihatinan anda kepada soal-soal remeh ini yang akan membuatkan penampilan anda lebih menyerlah. Bayangkan anda diundang ke majlis yang bertemakan serba putih, bolehkah anda menyerlah jika tidak mengambil berat soal ini semua?


EmoticonEmoticon