Tuesday 14 June 2016

Pahala Orang Yang Hidup Buat Bagi Si Mati Sampai Atau Tidak? Ini Jawapannya

Tags


(**)Ayah saya baru meninggal dunia. Kami sekeluarga ingin mengadakan kenduri dengan niat sedekah untuk arwah. Apakah amalan ini akan diterima oleh Allah SWT? Saya ada mendengar yang pahala amalan tidak sampai kepada si mati melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan. Mohon pencerahan Ustaz.

(**)JAWAPAN :

(**)Ada beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh orang yang masih hidup untuk orang yang telah meninggal dunia. Perkara ini ada dalil dan nasnya dari al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Antaranya ialah:
(**)Berdoa dan meminta keampunan bagi si mati. Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud : “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.” (Surah al-Hasyr: 10)

(**)Bersedekah bagi pihak si mati. Ini jelas dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Sa’d bin Ubadah pernah bertanya: “Hai Rasulullah. Sesungguhnya ibuku telah mati mengejut dan tidak sempat wasiat. Apakah baginya pahala jika aku sedekah untuknya? Jawab Baginda s.a.w, “Ya.”

(**)Mengerjakan badal haji atau badal umrah.

(**)Menggantikan puasa si mati yang tertinggal ketika hayatnya. Sabda Nabi s.a.w “Siapa yang mati sedangkan ada baginya puasa qadha’ maka hendaklah walinya berpuasa bagi pihaknya.”

(**)Maka bolehlah disimpulkan bahawa, kenduri arwah juga adalah salah satu bentuk sedekah yang diterima baginya pahala oleh si mati. Wallahualam.

(**)Kredit: Ustaz Khairul Anuar Basri Alhafiz


EmoticonEmoticon